Soalan Ramalan SPM 2009 : Siri 2 (analisis reaksi)

Assalamualaikum wbt.

Kesan entri aku  tentang soalan ramalan SPM 2009 baru-baru ini, blogku dihujani dengan reaksi yang amat megujakan (baca: menjengkelkan) lewat komen-komen mereka yang seakan tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka tertipu.

Sungguh takku sangka entri tersebut menjadi rebutan calon SPM tahun ini untuk dikomen.

Suka betul mereka mencari ’soalan runtuh’. Kesan sistem pendidikan berlandaskan exam oriented dan spot soalan.

Sila baca komen mereka yang begitu kuciwa dengan entri tersebut. hihi

 

  1. wan said,

    October 7, 2009 at 8:57 am · Edit

    abg rahim..kompem abg rahim dapat full mark ujian kali ini..seme pemeriksa kerta menagis kesedihan cerita abg rahim nih..:((

  2. ekramhakim said,

    October 12, 2009 at 7:03 am · Edit

    ni citer kes cari pasal sendiri..kalau aku jadik pemeriksa,aku letak tepi je kertas ni..eheh kejam2..

  3. chien cheng said,

    October 30, 2009 at 2:39 am · Edit

    wtf??

  4. Shahir said,

    November 2, 2009 at 4:49 am · Edit

    bagos sgt2!!!!! tergugat pemeriksa….
    100 mrkh unt kamooouuu..!!!!
    ekekek….

  5. sameon said,

    November 2, 2009 at 4:52 am · Edit

    kepada pemeriksa… tolong bg bdk nie full MARK!!!!
    untuk krgn plg trok……hoho..
    kepda bdk yg tls krgn gle nie…
    good LUCK….keje kat ats jmbtn….
    ahaha~~~

  6. adli said,

    November 2, 2009 at 4:54 am · Edit

    krngn cam bodo….merepek

  7. kyon said,

    November 4, 2009 at 12:16 pm · Edit

    tjk ni msk ke???

  8. ongos said,

    November 15, 2009 at 6:56 am · Edit

    aku nak soalan spm la bodo

Tukeye II

One of the Sultanahmet Mosque

One of the Sultanahmet Mosque's Minaret

DSCN2292

DSCN2343

In the Grand Bazaar

In the Grand Bazaar

Istanbul University

Istanbul University

In front of the Grand Bazaar

In front of the Grand Bazaar

Turkeye

Assalamualaikum wbt,

Beberapa gambar yang menarik semptku ambil sejak tiga hari lalu di Istanbul. Selamat menikmati.

DSCN2241

Masjid Sultanahmet

Masjid Sultanahmet

DSCN2253

DSCN2255

DSCN2263

DSCN2273

Yopkapi Palace

Topkapi Palace

The Hagia Sophia

The Hagia Sophia

Hornbill House Hostel: Beyond the Expectations

My room

My room

The bathroom

The bathroom

Living room

Living room

Antara Ruang Tamu dan Ruang Makan

Antara Ruang Tamu dan Ruang Makan

Dapur

Dapur

My dinner, chicken burger and fresh orange juice

My dinner, chicken burger and fresh orange juice

My lunch, Maggi Tomyam ;D

My lunch, Maggi Tomyam ;D

In front of the hostel

In front of the hostel

Assalamualaikum wbt.

Bertolak dari Kuala Lumpur jam 6.30 pagi, selama tiga jam setengah dan akhirnya sampai di Bandaranaike International Airport, Katunayake, Colombo pada jam 7.30 pagi (- 2 jam 30 minit).

Sekitar jam 10 pagi tiba di hostel yang bakal diduduki.

Nama: Hornbill House Hostel

Tempat: Dehiwala, Galle Road

Bagaimana ke sana: Dari Lapangan Terbang, dengan tuk-tuk SLR 1500. Teksi SLR 2500.

Kadar Sewa: USD 9 semalam (RM 28 atau SLR 900)

Keistimewaan: Bilik berhawa dingin, televisyen, kopi dan teh percuma, akses internet (SLR 50 setengah jam), tempahan makanan dari restoran Pizza Hut dan Malay Restaurant (disahkan HALAL dan penghantaran percuma).

Tukaran Wang: Sri Lanka Rupees. RM 1 = SLR 33

Sekian.

Soalan Ramalan SPM 2009 : Kertas Bahasa Melayu 1103

Soalan Ramalan SPM 2009

Tulis sebuah karangan tentang peristiwa yang anda tidak dapat lupakan sepanjang hidup anda. Panjang karangan mestilah melebihi saiz kertas A4 dengan tulisan Arial bersaiz 10 dengan dua (2) kali langkau. Masa yang dinasihatkan untuk diperuntukkan bagi menulis karangan adalah selama berjam-jam, biar lambat asalkan siap.

(1)

“Pasport Antarabangsa aku hilang!” aku separuh menjerit setelah kekagetan, sedar akan akibat andai kehilangan harta yang paling penting untuk bermusafir nanti. Ini kerana iket semua sudahku beli, secara sambung-sambung pula. Jadi amat rumit andai mahu melakukan proses menukar tarikh dan sebagainya.

Aku akan terbang selang seminggu dari sekarang, dan hari ini adalah Hari Raya Aidilfitri. Bayangkan bagaimana aku akan menguruskan semua keperluan untuk memperbaharui pasportku. Puas kucari di mana sahaja tempat yang difikirkan logik untuk diletak namun hampa. Akhirnya aku membuat keputusan untuk melaporkan kepada pihak polis.

(2)

Kerisauan akan kehilangan pasport kuubati dengan memenuhi undangan hari raya. Pada malam hari raya yang pertama aku ke rumah Ustaz Zaidi, guruku ketika di sekolah menengah. Lantas kuceritakan hal ini kepadanya, lalu beliau memberi responnya “Ana pun pernah hilang pasport sebelum ini, dan masa yang diperlukan untuk menerima pasport yang baru sekurang-kurangnya dua minggu ”

Aku mula terbayang-bayang untuk menangguhkan pengajianku selama setahun andai benar apa yang dikatakannya.  ”Tapi anta cubalah jumpa Ketua Pengarah Imigresen Negeri untuk membuat rayuan supaya disiapkan segera” katanya lagi seakan memahami keruh di mukaku. « Alah, kalau tak balik pun bagus juga, anta boleh sambung kontrak mengajar di sekolah kita, sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini, betul tak ? » (main2 lak org tue ni)

(3)

Sambil mendengar bebelan emak yang seakan-akan tak berpenghujung, aku lantas memikirkan jalan yang boleh kuambil untuk menyelesaikan masalah ini. Ada beberapa masalah yang agak besar untuk diselesaikan dalam masa beberapa hari ini, pertamanya Pejabat Imigresen hanya akan dibuka pada hari raya yang keempat sedangkan aku akan terbang pada hari raya kesembilan. Manakala pada hari raya ketujuh dan kelapan adalah cuti Sabtu dan Ahad. Dan, pada hari raya keempat itu juga sepupu aku akan berkahwin. Jadi aku hanya ada dua hari sahaja, hari kelima dan keenam.

(4)

“Apa, Jang insiden?!” soalku terkejut. Rupa-rupanya abang sulungku telah melanggar pintu hadapan dan belakang sebuah kereta ketika menghantar pulang  pengantin lelaki (sepupuku) setelah upacara pernikahan diadakan. Benar sekali bidalan mengatakan malang tidak datang sekali.

“Jang akan ke Kluang esok juga” (hari yang sepatutnya aku dibawa ke pejabat imigresen, di Kuantan banggg…) dan abah akan menunda kereta Jang. Jadi, aku tiada sesiapa yang akan menemani pada hari esok. Mulalah aku mencari kawan-kawan di Kuantan, manalah tahu boleh membantu aku di sana nanti.

Mujur ada kawanku yang sudi membawaku dari Endau sehinggalah ke Kuantan. Kami menaiki kereta seawal pagi lantas terus ke Indera Mahkota untuk membuat urusan. Aku berharap semoga dipermudahkan urusan.

(5)

(Malam sebelum ke Kuantan…)

Abang ipar yang sulung memanggilku dan bertanya lanjut tentang kes aku. Mujur dia seorang yang agak dikenali, maka dia pun menelefon salah seorang kenalannya untuk memberitahu akan kesku ini. Setelah beberapa perbincangan dibuat, kata sepakat berjaya dicapai. Aku hanya perlu membayar sebanyak RM50 dengan jaminan ia dapat disiapkan hari esok  juga. Lega.

*******************

Perjalanan kami bermula. Berhenti di Pekan sebentar untuk mengambil gambar berukuran pasport sebagai syarat wajib membuat pasport. Sekitar sejam selepas itu, baru selesai dan kami terus ke destinasi dengan sangkaan semuanya akan baik-baik saja.

Ting tong ting tong… 1034, sila ke kaunter 4.

Laju separa meluru aku ke situ. Dengan nada yang amat yakin aku berkata, “Saya pelajar Morocco yang kehilangan pasport, dan saya memerlukan passport dengan kadar segera. Kes saya juga telah dimaklumkan kepada cik Farah, di bahagian urus setia.”

“Eh, cik Farah ada tiga orang adik. Yang mana satu?” Tanya pegawai wanita yang kukira berumur awal 40-an. “Di bahagian urus setialah”, jawabku lagi. Mula berdebar. Dia menambah “Adik, untuk kes kehilangan passport biasanya mengambil masa selama sebulan. Jadi, mahu tidak mahu adik perlu menangguhkan tiket adik”. Tersentak aku, (banyak cantek luuuu) tapi berlagak tenang.

“Boleh saya berjumpa dengan Pengarah Imigresen Negeri?” tanyaku. Dia membalas,”Nak jumpa pengarah terus? Nak jumpa dia pun kena ikut prosedur, bukan main redah sahaja”, sinis sekali. Aku akur, dan dengan kadar segera cuba untuk menyiapkan segala keperluan untuk mendaftarkan kehilangan pasportku.

“Adik, mana cabutan surat beranak?” kujawab “Saya tinggalkannya di Morocco, jadi tiada dengan saya”. “Awak pergi ke Pejabat Pendaftaran Negeri dan buat cabutan surat beranak sekarang”. Fullstop. (dgn kadar sgra aku mula me……nya, didlm hati!)

“Lagi satu, apabila berlaku kes kehilangan passport maka prosesnya agak rumit. Mula-mula, kes awak akan didaftarkan.  Seterusnya pegawai penyiasat akan membuka fail awak, meneliti kes dan mengesahkan kehilangan tersebut. Perkara ini sahaja mengambil masa hampir dua minggu. Kemudian barulah kita boleh membuat pasport baru bagi menggantikan yang telah hilang.” Diam sebentar, lantas menyambung . “Dan untuk kes awak, kami boleh percepatkan urusan penyiasatan. Akan tetapi malangnya, hari ini pegawai penyiasat bercuti dan hanya akan kembali pada hari Isnin depan!. Maklumlah, raya dik oi.” (Ekk, apa zadahnya, aku dah nk fly hari isnin tu!)

Sesi pagi selesai, dan aku hanya dapat menyiapkan cabutan surat beranak sahaja. Kemudian sesi petang pula. “Adik kena dapatkan cop akuan sumpah di Pesuruhjaya Sumpah, ada di Centre Point”. Hah, kat mana tu? Sudahlah baru diberitahu cop tersebut diperlukan, di pusat bandar Kuantan pula. (siapa dok ktn tau a jauh x jauh I.Mahkota tu ngan ktn…xstategik btl, ntah pape) Satu-satunya perkara yang belum dapat diselesaikan.

Aku mula risau kerana jam sudah menunjukkan jam 3.30 petang dan untuk ke Kuantan mendapatkan cop, serta kembali semula memang tidak akan  sempat. Mata mula melilau mencari apa sahaja yang boleh dijadikan idea, dan tiba-tiba terlihat papan tanda “Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Pahang” di tingkat dua! Ya, inilah peluang aku untuk berjumpa sendiri dengan pengarah.

Sampai sahaja di kaunter, aku bertanya lagi tentang cik Farah tadi. Dan rupanya-rupanya dia berada di tingkat dua ini, bukan di tingkat bawah. Segera kuajukan permasalahanku ini dan dia menjawab “Kenapa tak datang atas terus tadi? Kalau awak buat urusan di bawah memang jadi lecehlah, sementelah Datuk Pengarah pun dah maklum kes awak, cuma tertunggu-tunggu awak saja yang tak kunjung tiba ” erkkkk, alangkah!!!

“Jadi, datuk suruh awak datang esok pagi untuk dapatkan pasport baru awak.”  “Hari ini tak boleh selesaikah akak? Saya datang dari Endau, jauh dan tidak ada tempat untuk tidur di Kuantan.” ceritaku penuh mengharap. “Carilah hotel di Kuantan, atau awak terpaksa balik Endau dululah.”

Kepasrahan.

(p/s kpd penanda kertas: Saya akan menghabiskan cerita ini pada peperiksaan sebenar nanti ye)

تحديثات

سلام عليكم بما صبرتم

عندما وصلت إلى ماليزيا، قد وقعت هذه الأمور في حياتي… ه

+ Sampai sahaja, dikuarantin seminggu. +

+ Ditawarkan mengajar di SMAR. +

+ Berubat. +

+ Dikuarantin lagi sekali, seminggu. +

+ Cerpen ‘Lorongkan Aku Ke Sana’ di Tunas Cipta (tgh tunggu hororium). +

+ Abang Adli Shahri kahwin. +

+ Portal diyalna.com masuk majalah I. +

+ SMAR kena tutup seminggu sebab H1N1. +

+ Jalan ke Terengganu (jumpa Anis Suraya, dia belajar kat PTPL…hehe) +

+ Jaulah ke Kedah seminggu. (stayed illegally at KUIN’s hostel!) +

+ Kedah, pergi ke Pekan Rabu pada hari Selasa. kekeke. +

+ Mandi kolam air panas di Ulu Legong, Baling pukul 12 hingga 3 pagi. Suhu 38 – 61 darjah Celsius. +

Ulu Legong Hotspring

+ Mandi di Air Terjun Gunung Jerai. Tak mandi pun sebab dah dekat malam, too cold. Takut asthma ;) +

+ Kak Long kahwin. Selamat Pengantin Baru! +

+ Gaji pertama dah licin! yeahhh… +

+ Terengganu panas sangat! Kedah nyaman! +

+ Having a treatment in Terengganu, kali ini dengan perubatan elektronik pula. Mahalnya mak incik…! +

+ Akhirnya, balik semula ke SMAR untuk mengadap anak murid. +

+ Tak sabar nak tunggu esok pagi, mahu ambil cek gaji bulan kedua…alhamdulillah. +

+ Tiket ke Morocco pun belum beli lagi. Harga mencecah 1k+ dah. +

+ “Sukarnya jadi perempuan, adakalanya terfikir lebih baik jadi budak kecil saja, hanya fikir tentang makan” +

+ “Perempuan perhiasan dunia, menjadi ’sebuah’ perhiasan memang payah, lebih-lebih lagi andai mahu mengejar gelaran seindah-indah perhiasan. Andai berjaya memang bertuah namun penuh dengan mehnah” +

+ ” Abang adalah manusia yang paling hensem, hebat@amazing dan rajin yang pernah saya jumpa dalam dunia ini” +

+ Why do we never know what we’ve got till it’s gone” +

+++ Resam anak-anak didik. Hangpa ni macam-macamlah +++

+ “Eh, ada masjid tu buat Tarawih 8 rakaat 2 kali salam! Justeru? +

+ Morocco kena buat tesis akhir ke untuk ijazah? *impressive* +

+ Anta kena hati-hati, Morocco kuat Wahhabi..oh, masih lagi?! kemudian…” +

+ ” أسئلة والجواب“  … tertera di soalan latih tubi. Ini cikgu yang tulis. +

+ Okay, nyanyi tasref feel madhi lagu 25 Rasul, kemudian feel mudhori3 lagu Ummi, seterusnya lagu rasmi ‘Sunnah Orang Berjuang’. Baru Juluusaan! +

+ Oh, saya baru 21 tahun bohhh +

.

,

Selamat Beramal. Perbanyak tilawah al-Quran.

رمضان كريم ـ الله أكرم

عسى الله أن يجعلنا من الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه

I Got the Watch!

<terkini>

Salam.

Baru kelmarin aku teringatkan satu laman web lelong yang agak popular di Malaysia. Azim yang perkenalkan kepadaku. Lalu aku pun sengaja melayarinya, moga-moga ada barangan yang menarik di sana.

Aku sebenarnya sudah lama mencari jam tangan. Sejak jam tangan ‘ciput’ku rosak hanya beberapa hari selepas tiba di Morocco, aku langsung tidak mempunyai jam tangan. Hampir dua tahun kira-kira.

Maka, aku pun browse lah jam tangan, kot-kot ada yang berkenan. Lalu terlihat aku seutas jam tangan yang memang menarik dengan harga yang agak berpadanan.

Berjenama TAG HEUER Carrera, versi khas Brad Pitt . Tidak memerlukan bateri. :)

TAG HEUER BRAD PITT VERSION AUTOMATIC

TAG HEUER BRAD PITT VERSION AUTOMATIC

Pada awal tawaran, aku membidanya dengan harga RM 171 hinggalah kepada RM 200. Kemudian apabila ada yang membida dengan nilai RM 201, aku terus give up. Sebabnya target aku memang hanya setakat RM 200 sahaja.

Namun dalam kekecewaan aku kerana gagal mendapakannya, aku tiba-tiba terjumpa lagi jam jenis ini di dalam tawaran lain. Dan sebut harga awalnya hanya RM 98! Wah, aku pun terus sahaja membida kerana masa lelongan itu hanya tinggal lebih kurang satu jam sahaja.

Lalu, aku pun menunggu dengan penuh debar dan minat. Manalah tahu kalau-kalau ada yang akan membidanya saat akhir macam kes yang pertama tadi. Tunggu punya tunggu masa pun habis, dan harga masih kekal!

Aku menang!

Bayangkan, jam yang sama pada asalnya berharga RM201, kini aku memilikinya dengan RM98! Untung besar maa… Ditambah RM12 untuk shipping, maka jumlah semuanya adalah RM110.

Esok insya-Allah aku akan transfer duit melalui maybank2u.

Adios! :D

Sumber di sini

Brad Pit, duta Tag Heuer

Pic taken from the real item

Pic taken from the real item

Pic taken from the real item

Pic taken from the real item

Dari sisi jam

Pic taken from the real item

Tredemark

Trademark

Sumber gambar di sini.

Berikut adalah serba sedikit tentang spesifikasinya:

Brand: TAG HEUER  CARRERA  BRAT PITT VERSION
Engine: Top QUALITY AUTOMATICS (NOT NEED BATTERY FOR LIFE)
Case: HIGH QUALITY SOLID SWISS CASING STAINLESS STEEL
Band: HIGH QUALITY SOLID STAINLESS STEEL
Size: Men
Sub-Dial: All Function
Condition: 100% Brand NEW!!!

Nostalgik

Sebagaimana yang diberitahu sebelum ini, tujuan aku ke Johor Bahru adalah untuk berjumpa dua orang kawan merangkap senior aku ketika belajar di Maahad Tahfiz Kampung Air Merah, Mersing (MTAM).

1) Andika Abdul Rahman aka Ika.

Andika orang Batu Pahat, mempunyai ayah yang aktif dengan usaha dakwah tabligh. Beliau mengajar di Sekolah Menengah Tinggi Agama Maahad Johor sejak tahun 2007 (nasib baiklah aku keluar dari MJ tahun 2006, kalau tak aku kena jadi anak murid ko! hahaha).

Masa aku belajar di MTAM, aku berumur 11 tahun. Andika adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Kuala Terengganu sebab beliau sendiri adalah bekas pelajar di sana. Selepas beliau tamat menghafal al-Quran di sana, beliau mengulang di MTAM selama beberapa tahun (lupa ah) dan seterusnya melanjutkan pengajian di MADIWA Perak sebelum menamatkan ijazahnya di University al-Azhar, Syoubra dalam bidang Qiraat.

DAN ketika itu  aku berumur 11 tahun beliau sudah 19 tahun. Dan kini aku 21 tahun, maka beliau??

Tapi malangnya aku tak berkesempatan bertemu dengan al-Fadhil al-Ustaz Andika Abdul Rahman al-Hafiz sebab beliau sibuk di MJ ketika itu. :(

2. Muhammad Faiz Khudairi aka Apek.

Berasal dari Parit Raja. Aku boleh kata beliau adalah senior yang paling suka back up aku. Terima kasih Apek! Ko memang rock. Ayahnya seorang guru besar di salah sebuah sekolah agama di sana.

Latar belakang yang aku sendiri kabur. Yang aku tahu, dia ini lepas belajar di MTAM terus ke MADIWA bersama dengan Andika. Tapi tidak ke Mesir sebaliknya terus bekerja di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor Bahru hingga kini.

Apa yang menarik tentang mamat seorang ni, sebab dia dah usha isteri dia sekarang ni, kak Norakhalilah bt. Usman sejak daripada dulu lagi. Maknanya aku tahulah yang mereka ni berkapel. Dan aku tak sangka yang akhirnya mereka akan disatukan! Yelah, masa tu kan mak Kak Nor punyalah …….. kat ko. hahaa…

Dan mereka baru sahaja berkahwin sekitar tahun lepas. Lamanya kapel! haha…

Pada tarikh 28 Jun 2009, sekitar tengah hari yang mendung tu kami dipertemukan di Johor Bahru. Ahaa, ayat pertamanya “Doremoooooooooooonnnn, nak kocek ajaib ko! ” wakakaa…ceh

Apek dan Kak Nor

Apek dan Kak Nor

Kak Nor pula cool je tengok aku. Aku mulanya tak perasan yang itu adalah dia. hehe. Tengah sarat rupanya.

Aduss! Kak Nor ni punyalah baik dengan aku dulu. Selalu bagi aku tengok cerita Korea kat rumah dia dan juga menjamu aku dengan masakan Mak Ara yang masyuk itu. haha

So memorable!!!

Beberapa hari selepas itu, dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Muhammad Adam ....(apa tah) bin Muhammad Apek erk

Muhammad Adam ....(apa tah) bin Muhammad Apek erk

Mereka berdua sudah mencecah 29 tahun. Kau macam baru 19 tahun la Apek, aku baru nak masuk darjah 6! hehe

Rupa-rupanya dah hampir 7 tahun kita tak berjumpa ek… terima kasih untuk makan tengah hari.

Itulah kisahnya al-Fadhil Muhammad Faiz bin Khudairi al-Hafiz ini.

Yang lain? : Anuar Porong, Iskandar Sik, Fadhil Buyut, Ridwan Duwen, Nizam, Rahim Kecik, Borhan Bob, Badawi Pak Lah, Faisal Che Amid, Kamil, Chip, Azri, Khalil OAG, dll.

Sesampai di Tanah Melayu

Sambungan…

Selepas sampai di LCCT KLIA di Sepang, aku mendapati ayah aku masih tiada. Maka, aku terus menelefon beliau untuk memastikan kedudukannya. Manalah tahu salah tunggu ke.

Dan tepat sekali sangkaanku. Sebabnya aku memberitahu ayahku yang aku akan berhenti di LCCT Subang (ada ke?). Silap aku! Rupa-rupanya ayahku berada di sana hampir sejam.

Jadi, aku perlu menunggu ayahku dari Subang untuk ke Sepang. Setelah hampir pukul 1 pagi, ayahku menelefonku. “Abah dah tunggu kat tingkat dua ni, tak nampak pun”. Adoyai, rupanya ayahku menungguku di ruang ketibaan di KLIA, bukan LCCT.

Tunggu lagi.

Hampir pukul dua pagi barulah dapat berjumpa abah. Dan malam itu juga balik ke Endau, kira-kira 7 jam perjalanan (campur rehat, makan dan tidur).

KUARANTIN

Sesampai aku di kaunter imegresen, dan diimbas dengan mesin pengimbas aku ditanya macam-macam. Tentang simptom H1N1 sudah tentu. Sebenarnya ketika di London, aku demam dan semput. Jadi dengan kecohnya virus babi ni, secara tak langsung kawalan kemasukan pelancong dan warganegara ke Malaysia sedikit ketat.

Setelah aku disoal siasat, aku dikenakan kuarantin selama seminggu. Tapi yang melegakan aku adalah aku dibenarkan untuk menjalaninya di rumah sahaja. Dia cuma memberi amaran kepadaku “Kalau didapati awak keluar ketika menjalani kuarantin, awak boleh disabitkan kesalahan dan didenda sebanyak RM3000 dan 2 tahun penjara!”

Dan pada hari yang keenam, aku telah keluar dari rumah dengan Syazwan. Kami pergi ngeteh. Hehehe…

Anti-established…:D

TAWARAN

Ustaz Zaidi tiba-tiba menelefonku. “Rahim, anta nak mengajar tak Sekolah Menengah Agama Rompin?” Wah, secepat ini? Aku ingatkan nak mula mengajar lewat sedikit, tetapi keadaan seakan memaksa aku menerima pelawaan ustaz. Lalu aku menjawab “Kecil tapak tangan, nyiru ana tadahkan ya Aba Rufaida”

Dengan menerima mandat tersebut, aku sedar yang aku akan terus dihimpit keripuhan. Lagi dan lagi. Ketika itu 24 Jun, dan aku dikehendaki untuk melapor diri pada 29 Jun, hari Isnin minggu depannya.

25 Jun aku ke Johor Bahru, pergi berubat. Juga menyudahi urusan bankku. Selain itu, aku ke MPH dan memborong 9 buah buku merangkumi novel, travelog, buku motivasi, autobiografi dan buku humor. Entusiasme.

26 Jun – sedang melayari internet dan membaca berita kematian Jacko,  tiba-tiba abang ipar menyuruhku membuka laman web Metro Harian. Setelah kubuka, alangkah terkejutnya bila mana aku membaca tajuk berita itu. Kes buli di sekolahku!

Alangkah baiknya mula mengajar 29 Jun, bukan sebelum itu. hehehe

TUJUAN

Ahaaa…

Tujuan utama aku JB ini sebenarnya nak berjumpa semula dengan kawan lama aku. Namanya Faiz a.k.a Apek dan Andika a.k. Ika. Mereka berdua adalah manusia yang bertanggungjawab mencipta nama EMON untuk aku. hehehe

Satu momen yang kujangka akan menarik sebab mereka berdua sudah berkeluarga. Bayangkan kawan anda masa kecil-kecil dulu yang lama ditinggalkan lalu berpeluang berjumpa dalam keadaan yang 180 darjah berbeza.

Sambung nanti…:D

What’s Next?

Salam.

Kusangka kepulangan kali akan diisi dengan rehat semata-mata. Namun apa yang berlaku seakan sebaliknya. Terlalu ripuh dengan beberapa tugasan yang memang telah dipersetujui dan juga yang hadir secara mendadak, rentetan daripada pelbagai sebab dan keadaan.

Aku telah menaiki penerbangan Ryanair dari Marrakesh ke London pada 12 Jun, jam 9 pagi. Sampai sahaja di London aku langsung terus ke Malaysian Hall untuk tinggal di situ selama dua malam. Hari pertamaku hanya di asrama dan pada hari kedua barulah aku keluar bersiar-siar di bandar London. Aku telah membeli tiket One Day Pass berharga GBP3.80 dan kukira hampir 20 kali aku turun naik bas ke beberapa destinasi seperti Stamford Bridge, Fulham dan beberapa lagi tempat di pinggir kota London. Selebihnya hanya menapak di Oxford Street, Picadilly Circus, SoHo dll.

China Town

China Town

Picadilly Circus

Picadilly Circus

Oxford Street

Oxford Street

An oldies bus

An oldies bus

DSCN0985

Trafalgar Square

Trafalgar Square

Kira-kira jam 5 petang hari kedua itu aku terus menaiki bas ke Stansted Airport, di mana penerbanganku ke Malaysia pada pukul 12.45 tengah malam.

London ke Kuala Lumpur dengan pesawat Airasia selama 13 jam. Sampai lebih kurang pukul 9 malam waktu Malaysia.

:D

Selamat kembali.

« Older entries