Sijil Menengah Agama (SMA)

Salam.

Alhamdulillah 7 orang anak murid aku (?) mendapat 10A1 dalam peperiksaan SMA negeri Pahang pada tahun 2009.

Sebagaimana maklum, aku sempat mengajar selama hampir 3 bulan di Sekolah Menengah Agama Rompin, Pahang.

Aku hadir ke sana hanya beberapa hari selepas Malaysia dihebohkan dengan kes buli yang berlaku di bekas sekolah aku.

Aku diamanahkan untuk mengajar subjek Insya’, Terjemah dan Mutalaah. Subjek wajib untuk lulus andai mahu mendapat sijil SMA!

Dalam masa tiga bulan itu juga aku dikuarantin seminggu, ditambah lagi cuti penggal bulan Ogos selama seminggu beserta cuti H1N1 selama seminggu juga.

Dan dalam masa 3 bulan itu juga aku perlu menghabiskan silibus subjek tersebut tanpa apa2 panduan daripada guru yang terdahulu kerana subjek tersebut tidak mempunyai guru sejak awal tahun.

Nah! Akhirnya aku hanya berjaya menghabiskan silibus untuk Terjemah dan Mutalaah sahaja. Bagi Insya’ hanya sempat memberi tip-tip menjawab soalan berformat sahaja. Dan seminggu sebelum mereka periksa, aku perlu pulang ke Morocco. :(

Subjek aku di hari yang pertama!

Aku call anak murid (adik2 junior sebenarnya) bertanyakan mereka bagaimana kondisi dan persediaan mereka. Agak mendukacitakan kerana sepanjang minggu itu tiada langsung guru yang mengajar mereka.

Cuma di akhir hari sebelum peperiksaan, mereka diberi karangan untuk dihafal oleh Ustazah Mazlita. Kredit untuk beliau.

Alhamdulillah, kata mereka adalah masuk sipi-sipi. huhuhu

TAHNIAH adik2 semua! Moga kalian akan terus cemerlang. Jangan jadi macam saya. hahaha

About these ads

About Abdul Rahim

Tertera nama Abdul Rahim bin Zainudin

Posted on January 18, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. maklumat tambahan:

    Analisis keputusan SMA 2009 bagi subjek Insya’, Mutalaah & Terjemah.

    A1 – 19
    A2 – 6
    B3 – 8
    B4 – 14
    C5 – 18
    C6 – 11
    D7 – 5
    E8 – 3

    Peratusan Kelulusan : 100%
    % A1 & A2 : 29.8%

  2. A1paling ramai.. memang gempak! hoho

  3. anak murid ustaz

    assalamualaikum. terima kasih banyak2 kepada ustaz. berkat usaha ustaz mengajar kami , result kami memang ok (gempak) untuk subjek insyak…… TABIK USTAZ!!!!!

  4. mabruk…mintak izin wat pautan..

  5. no thing

  6. terbaek la emon!!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: