Monthly Archives: December 2011

Harammmm

Pandang Ringan

Usai menonton cerekarama Oh Haram ni aku jadi tak keruan atas beberapa sebab. Pertamanya, cerita ini adalah berkaitan dengan agama. Kedua, cerita ini cuba dikomedikan. Ketiga, cerita ini dibikin oleh mereka yang bukan dalam bidang ini.

Apabila agama menjadi subjek untuk komedikan. Okay, aku masih boleh terima kalau agama itu disampaikan dalam bentuk santai untuk menarik perhatian golongan muda, walaupun aku tetap berpegang bahawa pada satu tahap perlu juga disampaikan dengan nada yang lebih serius dan bersilibus.

Watak Utama

Akan tetapi apabila watak utama, satu watak protogonis yang diberi karakter yang begitu ‘alim’, pelajar lepasan agama di luar negara, berpakaian dengan pakaian yang pada mata dan budaya setempat adalah imej orang beragama atau pengamal agama.

Kemudian, watak ini ‘diserikan’ oleh karakternya yang jumud kerana tidak pandai memberi nasihat dengan hikmah. Dia juga tidak mesra perempuan (menjaga ikhtilat) dan menundukkan pandangannya setiap kali bercakap dengan perempuan. Dia juga digambarkan dengan karakter yang asyik-asyik mahu mengharamkan setiap perbuatan orang sekelilingnya, lebih-lebih lagi terhadap keluarganya, yang ternyata memang salah di mata Islam.

Watak Sampingan

Kemudian watak-watak sampingannya pula digambarkan dengan karakter yang pelbagai, akan tetapi dengan nilai dan sudut pandang yang senada iaitu menentang idea tersebut (watak utama).

Idea (Tema)

Apabila bercakap tentang filem atau karya-karya kreatif yang lain, mahu tidak mahu kita akan mencari apakah idea atau tema utama yang ingin pengarah atau penulis mahu sampaikan dalam persembahan kreatif mereka.

Ingat, sesuatu naskhah itu datang dengan ideologi yang menjadi propaganda secara separa sedar kepada penonton atau pembaca sehingga mereka mempercayainya.

Berbalik kepada cerita ini, andai diamati betul-betul tema yang ingin dibawa, akhirnya kita dapati bahawa temanya hanyalah kisah cinta seorang ustaz dan seorang janda beranak satu.

Kemudian, dalam menggapai cinta mereka berdua, didatangkan adegan-adegan dan plot-plot yang sengaja diadun dalam kerangka Islam, kononnya dengan bentuk satira.

Contohnya apabila ketika watak utama pulang dari masjid, si janda itu datang (dengan tak bertudung), juga mahu pulang dari masjid lalu mereka pulang ke rumah berdua-duaan. Akhirnya, tewaslah sang ustaz.

Pemurnian

Dalam merangka satu karya kreatif, pemurnian inilah perkara yang paling penting dalam menentukan satu-satu karya tersebut sama ada bertanggungjawab atau tidak.

Andai disoroti cerita ini, sebenarnya pengarah memilih untuk memurnikan kisah cinta mereka semata-mata. (Okay, cinta sangat jarang kalah). Malah, mereka meninggalkan banyak persoalan agama yang tak dimurnikan (diperbetulkan) secara persepsi apatah lagi secara hujah oleh penonton.

Mesej

Maka, mesej yang penonton dapat selepas menonton cerita ini adalah bahawa pergaulan antara lelaki perempuan itu dibolehkan kerana ustaz pun tunduk dengan cintanya. Apatah lagi bagi yang bukan ustaz, such a great excuses.

Paling penting, mesej yang penonton terima adalah siapa-siapa yang berpakaian begitu, menyampaikan mesej yang sebgitu, dengan karakter sebegitu, adalah satu bahan lawak yang kita mesti gelakkan. Tak hairanlah, apa-apa nasihat kebaikan nanti bakal dijawab dengan ‘oh harammmm’ oleh kita, dan rasa geli hati dengan mereka.

Sedar Tak

Banyak perkara akidah yang disentuh dalam cerita ini dan perkara itu dipersoalkan, dan yang paling penting tak dimurnikan.

Satu contoh, apabila si ustaz menegur adiknya yang bertudung tapi berbaju ketat, lalu adiknya menjawab bahawa beliau tidak punya bentuk tubuh pun untuk ditayang pada lelaki dan beliau rasa okay dengan baju ketatnya itu. Lalu, adegan itu berakhir dengan ‘kekalahan’ hujah di pihak ustaz, dan membenarkan bahawa wanita berpakaian ketat adalah dibolehlah.

Malah, begitu banyak sebenarnya adegan-adegan yang begitu canggung dan dengan sengaja menewaskan kebenaran apabila tidak dimurnikan.

Persenda

Inilah sebenarnya poin aku, kebimbangan akan gejala mempersendakan agama. Kita boleh tengoklah kebelakangan ini ramai pelawak yang ‘terlanjur’ mempersendakan semua orang, baik tokohnya, jurinya malah sekarang ideologi pun mahu diperlawakkan. Dan malang sekali subjeknya adalah Islam. (itu belum lagi kostum perempuan yang menjadi trend dan kita ustaz ustazah tolong gelak).

Dalam cerita ini begitu ‘terbuka’ mempersendakan Islam apabila watak-watak tambahan itu TAHU apa yang diperkatakan oleh ustaz tersebut adalah benar, tapi mereka tetap membantah malah melekehkannya.

Apa kata Tuhan ya? (sila selak buku PQS anda sekarang…hahaha). Al-A’raf: 179.

Mereka Tuhan gambarkan lebih sesat daripada binatang ternakan. :) , Well, Tuhan bukan pelawak hokkey.

Akhirnya gejala ini membawa kepada pembatalan akidah, dalam sedar tak sedar.

_____________________________________________________________

“Alah, ko tengok cerita ni dengan sudut pandang agama, memanglah canggung. It’s just for funny dude. Ambil yang positiflah”

Ada pilihan lain ke untuk kita melihat satu-satu perkara tu dengan sudut pandang yang tersendiri? Sekarang ni semuanya di’funny’kan, tapi cuba bayangkan kalau aku berseloroh bagitahu ‘eh, tadi aku nampak mak ko dating dengan lelaki lain’, tengok sikit apa reaksi anda? Funny kan?!

Yang  penting ambil yang positif. Kalau macam tu lepas ni kita tengok pula adegan ranjang yang ditayang-tayang pada khalayak (bukti nyata, dah ada yang pertahan adegan begini, katanya untuk menguatkan jalan cerita, see macam mana berjayanya propaganda separa sedar ini) antara suami isteri, kemudian kita  katalah; well, positiflah beb, diorang suami isteri, halal kowtt?!!

Kalau ustaz ustazah dah hilang sensitiviti, nak harapkan pada mereka yang tak faham?

“Best gila cerita ni, tahniah pada pengarah yang kreatif!”

Hah, itu yang ustaz kata. Kemudian yang tak ustaz pun sokong dan setuju. Kita setuju dengan tanggungjawab di bahu sebab tahu, tapi mereka sokong dan setuju dengan bertaqlid kepada kita. Tak percaya tengok komen di Youtube.

Soalnya, mampukah kita menanggung kesaksian mereka depan Tuhan nanti?

itsnotfannehkeh!

Rezeki

Apakah rezeki yang paling baik yang patut kita syukuri?

Satu rezeki yang kita selalu terlupa bahawa itu ialah satu ‘rezeki’ adalah kefahaman tentang Islam.

Kefahaman yang datang daripada proses pembelajaran yang bukan singkat tempohnya, bukan sedikit kepayahannya, bukan dengan bermimpi untuk mendapatkannya, dan yang paling penting bukanlah dengan hanya bersandar kepada logik akal kita yang terbatas itu untuk mencapai tahap kefahaman tersebut.

Kefahaman itu hadir dengan hujah dan sandaran yang kukuh, punya jalan keluar walau mungkin kelihatan kelabu pada mata kita.

Pengalaman banyak mengajar tentang hakikat ini.

Jom kawan-kawan, kita doa agar direzekikan dengan kefahaman Islam yang betul. Bukan menjadi Alim yang riak dengan ilmunya atau ahli ibadah yang kering penghayatannya.

اللهم ارزقنا فهم النبيين، وحفظ المرسلين، وإلهام الملائكة المقربين، في عافية يا أرحم الراحمين. اللهم افتح علينا فتوح العارفين وفقهنا في الدين، وعلمنا التأويل واهدنا إلي سواء السبيل. اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين والمقبولين والممتازين في الدنيا والأخرة ولا تجعلنا من الراسبين والفاشلين والمردودين، برحمتك يا أرحم الراحمين. آمين

Fragmen

FRAGMEN

Aku manusia yang berlebih-lebih denganmu. Ya.

Ketika Abu Bakar memilih untuk tidak menggerakkan kakinya walau setelah dipatuk ular dan membiarkan Nabi lena di ribaannya, adakah itu berlebih-lebihan?

Ketika Abu Bakar mengadu kepada Nabi atas sikap sahabatnya yang enggan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya sebagai balasan atas rasa bersalahnya, sahabat berkata, “Menyinggung Abu Bakar bererti menyinggung Nabi, menyinggung Nabi bereti menyinggung Allah…”. Adakah  itu berlebih-lebihan?

Aku melebihkanmu dalam memberi nasihat ke atas yang lain-lain. Ya.

Ketika mana Nabi memberitahu bahawa sekalipun Fatimah yang mencuri, maka baginda sendiri yang akan memotong tangannya. Dan pada masa yang lain apabila sahabat mengadu kepada Nabi bahawa si fulan itu mencuri, ketika hukum hudud patut dilaksanakan, Nabi menjawab, “Adakah kalian ingin menjadi penolong kepada syaitan?”

Adakah Nabi memilih kasih dalam menghukum?

Bukankah ukhuwah itu sepatutnya kepada semua sahabat, tetapi mengapa Nabi memilih-milih untuk lebih mencintai Abu Bakar dan Fatimah berbanding yang lain?

Aduhai itulah namanya ithar.

Terima kasih

Terima kasih buat sahabat yang tenangnya mententeramkan aku.

Terima kasih buat sahabat yang senyumnya menyejukkan hatiku.

Terima kasih buat sahabat yang bersabar dengan karenahku.

Terima kasih buat sahabat yang masih mampu memaafkanku.

Terima kasih buat sahabat yang menjadi tangga tika aku baru belajar memanjat.

Terima kasih buat sahabat yang menjadi tali saat aku lelah mendaki.

Terima kasih buat sahabat yang akhirnya memilih menjadi ‘manusia’ dengan berterus terang padaku.

Terima kasih buat sahabat yang tidak lagi menjadi batu yang selama ini menghempap dadaku dan meninggalkannya berlekuk buat kutakung dengan air mataku.

Terima kasih buat sahabat yang akhirnya memberi kata putus ke atasku.

Rasa

“Ketika Rasulullah berada di hadapan,
Ku pandangi pesonanya dari kaki hingga ke hujung kepala
Tahukah kalian apa yang terjelma?
Cinta!”

(Abu Bakar As-Siddiq r.a)

Torn

“The hardest part is when looking into the mirror, I see a part of you in it. In realization, how could I shred that part without torn and marks since it happened in unconsciousness.”

Sisih

“Sahabat anda akan merasa sedih jika mengetahui bahawa anda memiliki orang yang ‘lebih penting’ dan lebih dicintai darinya, baik keluarga, sahabat, atau saudaramu. Siapa pun orangnya tidak terlalu penting, yang pasti masalah ini membuat hatinya resah, ia merasa agak diremehkan atau terhina. Boleh saja sahabatmu mengetahui hal ini, sekalipun anda tidak menyebutnya. Namun keadaan tersebut lebih ringan daripada menyebutnya secara terang-terangan, kendati ia tetap akan kecewa, terutama jika anda adalah orang yang paling ia cintai.”

-Virus-virus Ukhuwah, Abu ‘Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah.

Ahaha, yang ini untuk sahabat sejenis sahaja ya. Kalau ada kapel yang nak ambil dan buat hujah melayan cinta anda, sila tahu bahawa saya berlepas diri daripada dipertanggungjawabkan.

Mama

SHL: Kak Lie

Pada tarikh ini – 19 Disember 1978, kakak sulung aku dilahirkan dan diberi nama Noorlela bt. Zainudin.

Mak cakap masa kakak aku dilahirkan, dia kuat sangat menangis. Sampaikan hijau muka. Kemudian pergilah jumpa orang yang boleh mengubat bayi yang kuat menangis ni.

_____________________________________________________________

Kakak sulung aku ni pada aku seorang yang sangat kental. Semasa beliau belajar di Mesir dulu, 5 tahun tak balik Malaysia. Kemudian, untuk melepaskan rindu kepada keluarga, dia akan tulis surat berhelai-helai. ahaha

Dan aku dengan bangganya akan bawa setem Mesir (muka Firaun tuuuu..) ke sekolah dan tunjuk pada kawan-kawan. Bangga betul masa tu ada adik beradik yang belajar di luar negara.

______________________________________________________________

Dia juga seorang yang amat menjaga pemakaiannya. Tak terkesan dek arus fesyen yang melanda negara dan dunia Islam masa kini. Sentiasa berjubah. Kalau tudung tu, yang berlerang 60 pun dia tak pakai. Mesti lagi labuh, dan semuanya (atau hampir semuanya) berwarna hitam. – Ok, ekstrim. ahaha, tapi itulah kehebatan yang tak banyak orang mampu buat.

______________________________________________________________

Aku selalu kenang dia sebagai seorang kakak yang sangat berdikari, bersemangat waja mempertahankan Islam dan aktif dengan gerak kerja agama.

Baru-baru ini dia selamat melahirkan anak sulungnya, Muhammad. Tahniah.

______________________________________________________________

Selamat Hari Jadi kak Lie.

yeah, i know it’s kind of awkward to say this. ahahhaa

p/s: Ramai orang cakap muka aku ada iras-iras muka kakak sulung aku ni.

Isu

Isunya bukan lagi terletak pada ketidaktahuan tentang sesuatu kebenaran atau kebatilan itu.

Akan tetapi kemahuan untuk tunduk dengannya.

Kerana sudah berapa banyak kebenaran yang telah kita dustakan, dan kebatilan yang telah kita tegakkan, dalam pada kita tahu dan telah diperingatkan tentangnya.

Ular

Bila mana Tuhan mengarahkan Bani Israel untuk tidak menangkap ikan pada hari Sabtu, mereka seakan-akan memahami dan patuh akan perintah itu. Atas nama ketaatan.

Namun mereka menjadi ular yang bermain akal dengan Tuhan, memasang perangkap pada hari itu dan mengambil pula ikan yang mereka perangkap pada hari berikutnya.

_____________________________________________________________

Bila mana Tuhan mengarahkan Musa a.s untuk untuk berkhalwat di Bukit Tursina selama 40 hari, maka ditinggalkan Nabi Harun a.s untuk memimpin Bani Israel.

Sekembalinya Musa a.s daripada khalwat itu, maka Bani Israel didapati sudah memiliki Tuhan ‘baru’, seekor lembu emas bernama As-Samiri. Rupa-rupanya alasan perhambaan mereka adalah untuk menjadi lebih rapat dengan Tuhan. Atas nama ketaatan.

_____________________________________________________________

Abah bagi duit suruh buat duit belanja makan di sekolah. Tapi kita beli kereta tamia sebab nak lawan dengan kawan-kawan. Kemudian abah pesan awal-awal lagi, kereta tamia dilarang tapi kita beli juga. Tapi mestilah kena pastikan abah tak tahu.

Jadi, kita pun berpakat dengan kawan-kawan, jangan bagitahu abah. Buang resit pembelian kereta kita, bagitahu pada tokeh kedai yang dia mesti kena anggap kita tak pernah kenal pun.

Kemudian pakat-pakat dengan kawan, kalau nak main lumba kereta hari ketika jam tiga sampai Maghrib sahaja, sebab waktu itu abah kerja. Pesan juga pada kawan, ini grup kita-kita sahaja tau, kena hidekan daripa pengetahun abah. Alah, abah kan memang suka menghalang.

Kemudian, kita uplah sikit. Bosan pulak main lumba-lumba je. Apa kata kita tagang duit pulak. Abah bukannya tahu pun. Lagipun siapa-siapa yang menang pun, akan belanja satu sama lain. Takkan Tuhan nak marah kot. Yang penting sekarang ni abah tak tahu, sebab abah suka marah-marah. Tuhan pula kalau marah kita tak nampak, lagipun kita sembahyang apa.

Alah, sebenarnya bukan kita nak nafikan apa yang abah cakapkan tu. Cuma, kita kan manusia, jadi biasalah nak buat silap dan ulang lagi kesilapan tu walau pun dah abah bagi peringatan.

Kita bukan hidup pada zaman Nabi Musa a.s, kalau zaman tu buat silap sikit Tuhan balas cash. Ini akhir zaman beb, takkan Tuhan nak balas terus kot, lagi pun kalau kita kena balasan sekarang, siapa lagi nak gantikan tempat kita di dunia ni?

Okey kawan-kawan, dah masuk waktu Maghrib ni, kita semahyang dulu. Buat muka suci depan abah (kita memang innocent ok), dan bila abah pergi kerja nanti kita sambung lagi ya.

Lalalalala, abah bukan tahu pun. Nanti kita pun dah nak balik asrama lama-lama. Lagi kerap boleh jumpa dan buat pelan baru. Ok, fine. Kiranya memang baguslah pelan kita.

Dengan Tuhan nanti kita cakaplah kita ni kan hamba-Nya yang lemah. Buat pun dosa besar sikit je, takkanlah Tuhan taknak ampunkan. Dia kan Maha Pengampun.

Lagi pun kita kan kecik lagi, takkanlah dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan. Kita pun belum buat keputusan lagi nak jadi Mukmin ke belum, sebab kalau jadi Mukmin nanti dah tak boleh masuk ke dalam lubang yang sama dua kali, itu kata abah.

Alah, serabut betul abah ni. Hidup kan mudah. Ambil mudah jelah.

Tiba-tiba Tuhan cakap, baca ni 4:115. Abah tak rugi apa-apa pun.

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.