Daily Archives: December 27, 2011

Fragmen

FRAGMEN

Aku manusia yang berlebih-lebih denganmu. Ya.

Ketika Abu Bakar memilih untuk tidak menggerakkan kakinya walau setelah dipatuk ular dan membiarkan Nabi lena di ribaannya, adakah itu berlebih-lebihan?

Ketika Abu Bakar mengadu kepada Nabi atas sikap sahabatnya yang enggan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya sebagai balasan atas rasa bersalahnya, sahabat berkata, “Menyinggung Abu Bakar bererti menyinggung Nabi, menyinggung Nabi bereti menyinggung Allah…”. Adakah  itu berlebih-lebihan?

Aku melebihkanmu dalam memberi nasihat ke atas yang lain-lain. Ya.

Ketika mana Nabi memberitahu bahawa sekalipun Fatimah yang mencuri, maka baginda sendiri yang akan memotong tangannya. Dan pada masa yang lain apabila sahabat mengadu kepada Nabi bahawa si fulan itu mencuri, ketika hukum hudud patut dilaksanakan, Nabi menjawab, “Adakah kalian ingin menjadi penolong kepada syaitan?”

Adakah Nabi memilih kasih dalam menghukum?

Bukankah ukhuwah itu sepatutnya kepada semua sahabat, tetapi mengapa Nabi memilih-milih untuk lebih mencintai Abu Bakar dan Fatimah berbanding yang lain?

Aduhai itulah namanya ithar.

Terima kasih

Terima kasih buat sahabat yang tenangnya mententeramkan aku.

Terima kasih buat sahabat yang senyumnya menyejukkan hatiku.

Terima kasih buat sahabat yang bersabar dengan karenahku.

Terima kasih buat sahabat yang masih mampu memaafkanku.

Terima kasih buat sahabat yang menjadi tangga tika aku baru belajar memanjat.

Terima kasih buat sahabat yang menjadi tali saat aku lelah mendaki.

Terima kasih buat sahabat yang akhirnya memilih menjadi ‘manusia’ dengan berterus terang padaku.

Terima kasih buat sahabat yang tidak lagi menjadi batu yang selama ini menghempap dadaku dan meninggalkannya berlekuk buat kutakung dengan air mataku.

Terima kasih buat sahabat yang akhirnya memberi kata putus ke atasku.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.