Daily Archives: December 31, 2011
Harammmm
Pandang Ringan
Usai menonton cerekarama Oh Haram ni aku jadi tak keruan atas beberapa sebab. Pertamanya, cerita ini adalah berkaitan dengan agama. Kedua, cerita ini cuba dikomedikan. Ketiga, cerita ini dibikin oleh mereka yang bukan dalam bidang ini.
Apabila agama menjadi subjek untuk komedikan. Okay, aku masih boleh terima kalau agama itu disampaikan dalam bentuk santai untuk menarik perhatian golongan muda, walaupun aku tetap berpegang bahawa pada satu tahap perlu juga disampaikan dengan nada yang lebih serius dan bersilibus.
Watak Utama
Akan tetapi apabila watak utama, satu watak protogonis yang diberi karakter yang begitu ‘alim’, pelajar lepasan agama di luar negara, berpakaian dengan pakaian yang pada mata dan budaya setempat adalah imej orang beragama atau pengamal agama.
Kemudian, watak ini ‘diserikan’ oleh karakternya yang jumud kerana tidak pandai memberi nasihat dengan hikmah. Dia juga tidak mesra perempuan (menjaga ikhtilat) dan menundukkan pandangannya setiap kali bercakap dengan perempuan. Dia juga digambarkan dengan karakter yang asyik-asyik mahu mengharamkan setiap perbuatan orang sekelilingnya, lebih-lebih lagi terhadap keluarganya, yang ternyata memang salah di mata Islam.
Watak Sampingan
Kemudian watak-watak sampingannya pula digambarkan dengan karakter yang pelbagai, akan tetapi dengan nilai dan sudut pandang yang senada iaitu menentang idea tersebut (watak utama).
Idea (Tema)
Apabila bercakap tentang filem atau karya-karya kreatif yang lain, mahu tidak mahu kita akan mencari apakah idea atau tema utama yang ingin pengarah atau penulis mahu sampaikan dalam persembahan kreatif mereka.
Ingat, sesuatu naskhah itu datang dengan ideologi yang menjadi propaganda secara separa sedar kepada penonton atau pembaca sehingga mereka mempercayainya.
Berbalik kepada cerita ini, andai diamati betul-betul tema yang ingin dibawa, akhirnya kita dapati bahawa temanya hanyalah kisah cinta seorang ustaz dan seorang janda beranak satu.
Kemudian, dalam menggapai cinta mereka berdua, didatangkan adegan-adegan dan plot-plot yang sengaja diadun dalam kerangka Islam, kononnya dengan bentuk satira.
Contohnya apabila ketika watak utama pulang dari masjid, si janda itu datang (dengan tak bertudung), juga mahu pulang dari masjid lalu mereka pulang ke rumah berdua-duaan. Akhirnya, tewaslah sang ustaz.
Pemurnian
Dalam merangka satu karya kreatif, pemurnian inilah perkara yang paling penting dalam menentukan satu-satu karya tersebut sama ada bertanggungjawab atau tidak.
Andai disoroti cerita ini, sebenarnya pengarah memilih untuk memurnikan kisah cinta mereka semata-mata. (Okay, cinta sangat jarang kalah). Malah, mereka meninggalkan banyak persoalan agama yang tak dimurnikan (diperbetulkan) secara persepsi apatah lagi secara hujah oleh penonton.
Mesej
Maka, mesej yang penonton dapat selepas menonton cerita ini adalah bahawa pergaulan antara lelaki perempuan itu dibolehkan kerana ustaz pun tunduk dengan cintanya. Apatah lagi bagi yang bukan ustaz, such a great excuses.
Paling penting, mesej yang penonton terima adalah siapa-siapa yang berpakaian begitu, menyampaikan mesej yang sebgitu, dengan karakter sebegitu, adalah satu bahan lawak yang kita mesti gelakkan. Tak hairanlah, apa-apa nasihat kebaikan nanti bakal dijawab dengan ‘oh harammmm’ oleh kita, dan rasa geli hati dengan mereka.
Sedar Tak
Banyak perkara akidah yang disentuh dalam cerita ini dan perkara itu dipersoalkan, dan yang paling penting tak dimurnikan.
Satu contoh, apabila si ustaz menegur adiknya yang bertudung tapi berbaju ketat, lalu adiknya menjawab bahawa beliau tidak punya bentuk tubuh pun untuk ditayang pada lelaki dan beliau rasa okay dengan baju ketatnya itu. Lalu, adegan itu berakhir dengan ‘kekalahan’ hujah di pihak ustaz, dan membenarkan bahawa wanita berpakaian ketat adalah dibolehlah.
Malah, begitu banyak sebenarnya adegan-adegan yang begitu canggung dan dengan sengaja menewaskan kebenaran apabila tidak dimurnikan.
Persenda
Inilah sebenarnya poin aku, kebimbangan akan gejala mempersendakan agama. Kita boleh tengoklah kebelakangan ini ramai pelawak yang ‘terlanjur’ mempersendakan semua orang, baik tokohnya, jurinya malah sekarang ideologi pun mahu diperlawakkan. Dan malang sekali subjeknya adalah Islam. (itu belum lagi kostum perempuan yang menjadi trend dan kita ustaz ustazah tolong gelak).
Dalam cerita ini begitu ‘terbuka’ mempersendakan Islam apabila watak-watak tambahan itu TAHU apa yang diperkatakan oleh ustaz tersebut adalah benar, tapi mereka tetap membantah malah melekehkannya.
Apa kata Tuhan ya? (sila selak buku PQS anda sekarang…hahaha). Al-A’raf: 179.
Mereka Tuhan gambarkan lebih sesat daripada binatang ternakan.
, Well, Tuhan bukan pelawak hokkey.
Akhirnya gejala ini membawa kepada pembatalan akidah, dalam sedar tak sedar.
_____________________________________________________________
“Alah, ko tengok cerita ni dengan sudut pandang agama, memanglah canggung. It’s just for funny dude. Ambil yang positiflah”
Ada pilihan lain ke untuk kita melihat satu-satu perkara tu dengan sudut pandang yang tersendiri? Sekarang ni semuanya di’funny’kan, tapi cuba bayangkan kalau aku berseloroh bagitahu ‘eh, tadi aku nampak mak ko dating dengan lelaki lain’, tengok sikit apa reaksi anda? Funny kan?!
Yang penting ambil yang positif. Kalau macam tu lepas ni kita tengok pula adegan ranjang yang ditayang-tayang pada khalayak (bukti nyata, dah ada yang pertahan adegan begini, katanya untuk menguatkan jalan cerita, see macam mana berjayanya propaganda separa sedar ini) antara suami isteri, kemudian kita katalah; well, positiflah beb, diorang suami isteri, halal kowtt?!!
Kalau ustaz ustazah dah hilang sensitiviti, nak harapkan pada mereka yang tak faham?
“Best gila cerita ni, tahniah pada pengarah yang kreatif!”
Hah, itu yang ustaz kata. Kemudian yang tak ustaz pun sokong dan setuju. Kita setuju dengan tanggungjawab di bahu sebab tahu, tapi mereka sokong dan setuju dengan bertaqlid kepada kita. Tak percaya tengok komen di Youtube.
Soalnya, mampukah kita menanggung kesaksian mereka depan Tuhan nanti?
itsnotfannehkeh!