Daily Archives: January 18, 2012

2.2

(sambungan)… tentang TAK MALU.

Kalau kita mahu bercakap tentang penyakit tak malu ni, maka mahu tak mahu kita kena tengok tahap taqwa kita, iaitu gabungan dua sikap; Takut dan Harap. Bukan pada ibadah kita, bukan pada ilmu kita semata-mata.

Sejauh mana kita TAKUT akan kemurkaan Allah untuk melakukan perkara tak malu tersebut dan juga dalam masa yang sama mengHARAPkan mudah-mudahan taubat yang kita lakukan bakal diampunkan.

TAUBAT

Bercakap tentang taubat, ramai yang menyangka bahawa hanya dosa-dosa besar sahaja yang memerlukan kita untuk bertaubat. Akan tetapi, sebenarnya andai diteliti pengertian taubat tersebut, maka kita dapati bahawa dosa kecil juga perlu kepada ‘pemaknaan’ taubat tersebut.

Iaitu istighfar yang kita sebut itu, adakah hanya sekadar di mulut atau memberi makna bahawa kita memang benar-benar menyesal atas dosa yang dilakukan.

Dan taubat itu hanya diterima dengan syarat benar-benar menyesal dengan dosa itu, berazam bahawa kesalahan itu tak akan berulang dan bersegera meninggalkannya.

Bagaimana pula kalau kita tetap ulang dengan sengaja?

Syeikh Uthaimin berkata, ia seperti kita mengolok-olok akan Tuhan.

______________________________________________________________

Oleh sebab cerita ini adalah sambungan kepada kekaguman aku terhadap perempuan-perempuan yang malunya autentik (seperti dalam entri sebelum ini), maka aku pun rasa ada keperluan untuk menyambung cerita tentang perempuan.

Kalau dalam bab taubat ini pun, antara syarah yang diberikan pun berkaitan dengan perempuan. Suruhan kita menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri kerana andai kita melanggarnya, maka itu adalah pembuka ruang kepada satu bala dan ia mengundang kekejian dan murka Allah.

Antaranya hadith tentang wanita ini sebagai fitnah terbesar akhir zaman, dan juga kisah kejatuhan Bani Israel juga adalah disebabkan wanita. Maka, musuh kita juga adalah termasuk mereka yang suka menyeru kepada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, mengajak wanita berdandan bukan untuk suami dan lain-lain. Dan mereka menyeru dengan lidah mereka, pena mereka dan perbuatan mereka.

Sebab tu aku kata sebelum ini, kita suka sangat promosi perkara yang tak elok sebegini semata-mata untuk kelihatan cool di mata orang-orang tertentu dan untuk kepuasan peribadi tanpa memikirkan kesan buruk kepada mereka yang membaca, atau mendengar ajakan kita.

Dan kita masih menganggap ini perkara kecil. Ya, dalam ‘istilah hari ini’ perkara sebegini memang kecil dan remeh, tapi bukan pada agama.

KAPEL

Hah, bab ini memang paling bestlah kan. Kalau dalam facebook atau blog tu, bersepah-sepah cerita tentang kapel ni, baik geng-geng usrahnya, geng-geng mat motornya, geng-geng anti-usrahnya dll.

Aku bukanlah nak huraikan lagi apa yang sedia dihuraikan oleh ramai orang, cuma sekadar nak menimbulkan persoalan untuk dipertimbangkan dengan jayanya.

Perkahwinan itu fitrah. Kapel itu fitnah. Pada akulah. hohoho…boooo

Aku selalu dengar ayat begini, “aku akan menjaga kesucian cinta dan tak akan menodainya dengan dosa.” dan “kalau aku tak ambil sekarang, mungkin aku akan terlepas selama-lamanya.”

Jodoh tu bukan telah ditetapkan ke?

Daripada mencuba menjodohkan diri sendiri dengan berkapel, baik berdoa supaya bernikah dengan jodoh itu dengan cara yang wajar.

Macam mana kalau kapel tu bukan jodoh kita?

Setelah bertahun-tahun kapel, dah berjanji setia, punya keyakinan dan kesungguhan yang tinggi, tapi tidak juga kahwin. Agak-agak proses itu berbaloi tak?

Tak rasa ada masalah ke pada cara kita memulakan perhubungan itu?

Lalu kita kata kita istikharah.

Tapi istikharah itu berlaku hanya selepas sudah punya rasa cinta yang tak terbendung lagi lewat sesi chatting dan sms dll (which is cara maksiat). Kemudian untuk nampak Islamik maka istikharah dijalankan, dan apa jua petunjuk solat itu tidak pun mempengaruhi keputusan sebab dah cinta dulu sebelum minta petunjuk.

Maka, pasangan itu dipilih atas dasar istikharah atau sebab cinta yang diacah pada awal-awal lagi?

Jadilah istikharah itu sekadar langkah terakhir seorang bujang sebelum sesi confession yang bakal memulakan rentetan-rentetan kisah cinta yang tertayang di facebook, di blog, di henfon dan di dalam hati masing-masing. (nak mudahkan malaikat ambil print screen untuk dijadikan bahan bukti kot)

Bukti betapa tak malunya kita ni.

Nabi s.a.w bersabda kalau dah tak malu tu, buatlah apa kita nak. Ini bermakna setelah menjadi tak malulah, baru kita ‘mampu’ untuk melakukan perkara yang salah.

Hadith ini memang kontra dengan apa yang kita faham tentang malu. Sebab “istilah hari ini” mengajar kita faham bahawa malu tu (dalam konteks kapel) perlu diletakkan selepas (faf3al ma syi’ta), bermakna selepas sudah mulakan dulu, buat dulu dan akhirnya baru kata, saya malu.

Sedangkan Nabi s.a.w tu sangat besar malunya, malah lebih daripada anak dara. Kita pun tahu bagaimana merah muka Baginda saat dipinang oleh Khadijah.

Cuma mungkin anak dara hari ini yang tak sabar-sabar nak ber’lelaki’, maka lelaki pun kenalah cepat dan tangkas membuang malu yang Tuhan bagi dan suruh pelihara tu.

Oh, saya bukan Nabi.

Kalaulah apa yang Nabi buat itu bukan untuk kita teladani, lebih baik Al-Quran diturunkan tanpa perlu penyampai dan kita implimentasi mengikut cara kita sendiri. Atau pun mungkin kita lebih selesa bersuri tauladankan Shakespeare.

Takkan saya nak kecewakan hati awek saya. Nanti dia ingat saya mainkan perasaan dia.

Akhirnya kita pun lebih takutkan perasaan pasangan yang sakit berbanding ‘perasaan’  Tuhan yang telah kita perolok-olokkan. Kita perlu cinta Tuhan, tapi kita mesti takut dengan murka-Nya.

Maka, bertahanlah kita dengan rasa bersalah dengan Tuhan demi survival sebuah cinta.

Selamat bercinta sampai ke syurga. Tak dapat syurga di Sana, masih punya syurga dunia  yang kita mampu cipta.

Tips: Don’t start want you can’t finish. Finish what you have started.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.