Sup
Antara makanan kegemaran aku adalah apa-apa sahaja yang berkaitan dengan sup. Nasi ayam, mee rebus, nasi air dll. Tapi aku bukan penggemar kari, mungkin sebab aku tak makan pedas.
Sup kegemaran aku adalah sup sayur yang mak aku masak. Sangat spesial. Ada bebola ikan, akan keropok lekor, ada telur, ada taugeh dan macam-macam lagilah. Jenis main campur dan campak. Kalau mak aku masak sup sayur dia mesti akan suruh aku hirup tak hengat punya.
Dua hari lepas aku makan sup, tapi sup ayam. Kawan aku masak. Dia ni pakar masak sup ayam. Pun jenis campur-campak juga. Kiranya kalau sup yang sedemikian rupanya, memang orang terus akan cam itu masakan dia.
Sup ayam tu aromanya memang menangkap, rasanya pun spot on je lebih-lebih lagi bila dicampur dengan daun ketumbar. Ye, aku tahu pelik sebab bukan dengan daun sup.
Kombinasi antara perbezaan cara penyediaan dan persamaan cara penerimaan.
Fusion.
Posted on January 20, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a Comment.
Leave a Comment
Comments (0)