Daily Archives: January 22, 2012

Teruna

Ada satu artikel berbahasa Inggeris (kajian mana aku lupa, tapi universiti) aku baca tentang perbezaan antara lelaki yang teruna dengan lelaki yang tidak lagi teruna. Oleh sebab aku bukan jenis suka copy paste artikel, jadi aku nak cakap secara umumlah.

Antara yang disebutkan ciri-cirinya adalah, lelaki yang teruna ni pemalu sifatnya kalau dipandang perempuan. Tidak bercakap perkara yang berbaur lucah dengan perempuan. Nerd. Tak bercerita tentang fizikal tubuh perempuan tapi sekadar suka kecantikan wajahnya. Hati bergedup kencang kalau bercakap dengan perempuan dan beberapa tanda lagi yang aku lupa.

Tapi bila aku baca blog-blog orang bujang ni aku sangsi juga dengan keberanian dan keterbukaan mereka berbicara tentang hal-hal perempuan ni secara terbuka dan berbangga dengannya, WALAUPUN sekadar gurauan.

Penyakit kurang malu yang Nabi s.a.w cakap melanda akhir zaman.

Mereka bercerita tentang perempuan seolah-olah mereka benar-benar menggauli ramai perempuan, bila mana bercerita dengan perincian yang aihhhh. Kalau yang dah kahwin tu aku fahamlah sebab mereka memang secara fizikalnya sudah bergaul dengan perempuan dalam bentuk intimasi yang tertentu. (tapi bukan juga bermakna anda bebas untuk cerita hal-hal yang tak sepatutnya di blog anda)

Akan tetapi kalau yang bujang pulak bercerita atau copy paste cerita yang intim dan bersangkutan dengan ‘daya tarikan khas’ wanita seperti tubuhnya bentuknya begitu, atau …. dan … (isi tempat kosong), itu masalah kot.

Bukan masalah pada fitrah kita terhadap perempuan, tapi masalah pada filter kita yang tak berfungsi dengan baik. Mana nak ambil, mana nak tulis, mana nak simpan, mana dan buang dll.

Kalau ada pula yang kata, “aku tulis tanpa ada rasa apa-apa. Malah kalau pun aku berbual dengan perempuan tentang hal ini waima hal-hal biasa sekali pun aku tak rasa apa-apa. So, pada aku hukum jaga ikhtilat tak valid untuk aku.”

Soalan begini pernah ditanya oleh seorang lelaki dalam satu rancangan di kaca telesisyen Saudi, bahawa dia tak rasa apa-apa pun bila bercakap dengan perempuan, bercerita kisah hidup masing-masing dll. Lalu seorang ulama’ menjawab: “Adakah engkau sudah mati pucuk?” – Okay itu namanya jawapan ‘qaulan baligha’.

Fitrah manusia bila cuba dihalang atau dikaburi dengan alasan logik akal semata-mata, sampai bila mampu bertahan?

_____________________________________________________________

Kalau yang perempuan pulak, cerita beli bra pun nak tulis dalam blog. WTF?! (baca Funny dengan nada yang keras)

Dia boleh kata aku kolot atau apa, tapi sebagai lelaki (okay buangkan fikrah agama ketepi dulu, kita cakap dari sudut ‘istilah hari ini’, kalau tak dituduh jumud – kesian ustaz-ustaz hari ini, nak nasihat orang yang bergulir dengan kefasiqan pun kena meletakkan diri mereka seperti orang-orang fasiq dulu barulah kata-kata mereka nak didengar. Matching. Betapa kurang ajarnya kita dengan ulama’, kan2.) yang punya syahwat, mana mungkin tak ada langsung layangan-layangan imaginasi di situ tentang saiz yang anda beli, warna kegemaran anda dll.

Kemudian kata aku otak kuning. Dah tu nak suruh aku fikir apa? ‘Bra’ itu adalah sejenis soalan matematik? Atau makanan suplimen macam vitamin C? (nanti aku nak google kejap, ahaha naif konon.)

Atau itu untuk bacaan wanita sahaja?

Okay, kalau begitulah intensinya, sila tapis aku atau lelaki-lelaki yang membaca blog anda. Benarkan hanya lelaki-lelaki yang dikasi, atau pengamal gaya hidup seks sejenis (yang ini pun belum tentu terjamin keselamatannya) dan juga lelaki-lelaki yang mati pucuk untuk membacanya.

______________________________________________________________

Itulah jadinya bila dah bercampur baur. Jadi tak peka dan tak sensitif. Tak kenal mana  syiar mana syariat. Mana satu wajibat mana satu muharramat.

.

Akhinya, sebab itulah ISLAM itu MALU.

Malu

Masih lagi tentang malu.

Ada yang respon tentang entri aku yang sebelum ini dan kata aku pandai-pandai kata Nabi s.a.w lebih malu daripada anak dara tanpa menyatakan hadithnya.

Maka aku pun perlulah respon dengan memberi matan hadithnya.

حيث يروي لنا أبو سعيد الخدري رضى الله عنه فيقول : كان النبي صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها ، فإذا رأى شيئا يكرهه عرفناه في وجهه

صحيح : رواه البخاري 6102

Mafhum 3am: Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa: “Nabi s.a.w adalah sesungguhnya lebih malu daripada anak dara di rumah ibunya, maka apabila baginda melihat sesuatu yang tidak disenanginya kami dapat mengetahuinya melalui riak wajahnya.” (Sahih, riwayat Al-Bukhari)

Dalam hadith ini bagitahu bahawa ‘anak dara di rumah ibunya’ dengan pengertian bahawa malu Nabi s.a.w itu lebih lagi daripada anak dara yang menjaga diri dan maruahnya, yang duduk molek-molek dalam rumah, malah duduk dalam bilik.

Sila cek anak dara yang ada hari ini. Hahaha. Kalau yang jenis tak bersepah dengan gambar-gambar mereka di facebook, mereka menyepahkan diri mereka di wall facebook orang lain (baca bukan muhrim*) dengan komen-komen gedik merekayang berada di luar tajuk perbincangan yang diharuskan.

Ahaha, ada yang cakap diskriminasi jantina gila ko. Boooo

Takda pun, sebenarnya hadith ni nak bagitahu juga yang lelaki ni kena lebih malu lagi daripada anak-anak dara yang menjaga diri dan maruah mereka sehingga sedemikian rupa itu. Kalau kita mampu tak menjadi bersepah-sepah di wall facebook orang dengan komen-komen kokse, maka kiranya berjaya jugalah kita menjadi malu, walaupun masih sangat jauhhhhhhh daripada malu Nabi s.a.w.

.

* Aku tahu kalau dalam Bahasa Arab, ‘muhrim’ itu orang yang berihram. Tapi aku guna juga istilah ini kerana sudah menjadi istilah BM. Ini namanya asimilasi bahasa pak! – Kita buka topik ni lain kali okay –

p/s: Aku sengaja tak masukkan ayat-ayat Al-Quran atau hadith Nabi s.a.w ketika menulis entri, sebab ramai orang tak larat nak baca, tak macam kalau baca blogserius ke, tengok Maharaja Lawak ke dsb. Cuma kalau aku cakap pasal ‘agama’, aku biasanya akan cek sumbernya, Cuma aku tak masukkanlah dalam entri. Sila betulkan mana yang aku silap.

_______________________________________________________________________

Kembali kepada topik malu, penting sangat ke malu ni?

Pertama, Nabi s.a.w diutuskan atas sebab penyempurnaan akhlak. Dan setiap agama ada akhlaknya dan akhlak dalam agama Islam adalah MALU. (Kedua-duanya hadith, bukan cakap kosong juga – sila cari sendiri)

Nabi s.a.w pernah malu nak suruh sahabatnya balik rumah, tapi Allah s.w.t tegur dan bagitahu ‘Innallaha la yastahyi minal haq’.

Kedua, Nabi s.a.w tidak malu tentang perkara yang haq. Ini berkaitan dengan hadith Ummu Sulaim yang bertanyakan tentang mandi junub kalau wanita mimpi vasah.

Tapi Nabi s.a.w juga pernah malu untuk menjawab soalan sahabiah yang bertanya tentang kaifiat untuk membersihkan darah haid, sehingga Aisyah r.a yang tolong jawabkan ‘dengan bahasa orang perempuan’.

Moral: Tengok keadaanlah. Kalau dah detail sangat, gulp jugak kan. Lebih-lebih lagi terdapat ramai orang ketika di tempat kejadian. (Sebab dalam riwayat ni ada ramai sahabat di sekelilingnya)

Ketiga, Nabi s.a.w tak cakap yang buruk-buruk. Ketika orang Yahudi ucap kecelakaan kepada baginda, Aisyah r.a menjawab balik, ‘celaka juga ke atas kamu’. Akan tetapi Nabi s.a.w tegur dan bagitahu  supaya cakap begitu kerana itu itu ayat orang mutafahhish, maka Nabi s.a.w jawab: ke atas kamu juga.

Nabi s.a.w tidak menyebut perkataan celaka itu, tapi tetap mencelakakan orang Yahudi tersebut dengan jawapannya.

It’s the matter of PA skills la kan. Halus tapi vedas.

Lepas tu orang cakap, hipokrit gila. Mulut je macam manis, tapi niat memang nak membalas. Bajet thiqah je.

Hipokrit.

(Nanti kita bincang bab ni, hutang bab ni belum selesai)

________________________________________________________________________

p/s: Aku bukanlah nak diskriminasi atau prejudis kepada perempuan, tapi dah bab malu ni memang kaitannya dengan hubungan lelaki dengan perempuan. Ini juga bukan perang gender sebab bagi perempuan yang pernah berkomunikasi dengan aku pun mesti tahu aku ni bukanlah tak boleh langsung nak dibuat bincang atau narsissisme ke apa kan. Hahaha

Cuma nak minta anda kesian kat kami yang lelaki ni, dahlah kena tuduh tak pandai kawal nafsu (lepas tu matluthfi jawab: hang tu nangih pun tak pandai control! ahaha), kami ni dipertanggungjawabkan ke atas anda, kang tak tegur kang (esp teguran kepada ahli keluarga) nanti Tuhan marah. Nanti kami dayus.

Nabi s.a.w kata, kami tak dapat masuk syurga selama-lamanya kalau kami dayus.

Beginilah, once anda layan kegatalan kami, bapa atau abang anda kena tarik daripada masuk syurga selama-lamanya. Nak, ada brannnn?

Kami cuma nak anda bantu kami supaya lebih takutkan Tuhan daripada membantu menghisap ke’sweet’an anda sebelum tiba masanya. T_T

Dan anda memang sweet kalau anda bantu kami.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.