Karya 1
Akhirnya berjaya juga aku berjumpa dengan anak sulung aku (karya pertama akulah tuh) setelah puas mencari di kotak e-mel.
Basically konsep yang aku nak bawakan adalah meletakkan puisi aku di sini, kemudian aku akan bercerita serba sedikit tentang proses penulisan tersebut, dan unsur-unsur sastera yang cuba aku masukkan. Seterusnya sudah tentulah kritikan daripada otai-otai GKLN terhadap karya aku.
Aku masukkan karya-karya aku ni ke dalam satu page baru – sila cek di atas -sebelah home. Senang nanti tak payah nak cari kat arkib sebab blog aku ni tak ada label dan gagal diselenggara dengan baik, jadi payah nak jumpa.
Jom kita menukang karya!
_____________________________________________________________
Matahari itu….
Baru kelmarin mentari itu…
Sinarnya terang tarinya tualang
Seisi bumi silau memandang
Kata tuturnya jelas lantang
Syurga itu tempat bertandang
Kerana kayangan itu cuma setangga berselang
Saat tidur sang mentari…
Bayu menghembus memeluk sinis
Merenung keras lagak pesimis
Desasnya mengikis desusnya menghiris
Namun sang mentari itu
Tetaplah ia menguntum manis
Walau iris bergenang gerimis
Tapi semalam mentari itu…
Sinarnya kurang tualangnya tempang
Terdetik bumi ke mana omongnya terbilang
Mungkinkah syurga itu menutup gerbang
Atau ia sendiri bermimpi panjang
Susuk bayu menerpa kembali
Terbahak kejam menyorot sang mentari
Tusuknye tuli tikamnya benci
Sengsara diri ratapnya fardi
Nista dicerna lumat sendiri
Kala petang, mentari itu…
Pudar cahaya malas dipandang
Rajukkan diri marahkan siang
Namun datang semesta memeluk girang
Mohon Ilah pasakkan tiang
Ironi sang bayu terjah menggertak
Benci sangat bagai dibentak
Katanya usah dibaja petualang yang benak
Takkan ia menangkis onak
Hari ini, sang mentari itu…
Tenang berdiri mencancang kaki
Walau terpasung dek umpat keji
Secangkir cahaya melimpahi bumi
Cukup menyenangkan rahmat Ilahi
Gegak semesta gempita cakerawala
Bersorak kata bertepuk gembira
Saat semayam di mahligai syurga
Berdendang nyanyian bahasa Pencipta
QALBIAISH
28 Disember 2007
Abdul Rahim bin Zainudin
Universiti Mohammed El Khomis
Rabat, Morocco.
.
Proses Penulisan:
Aku menulis puisi ini sebagai tribut kepada tokoh politik Pakistan, Benazir Bhutto yang mati dibunuh. Aku cuba menggambarkan ketabahan beliau dalam melayari renyah politik yang adakala disanjung dan memiliki ramai pengikut, dan dalam masa yang sama dibenci yang akhirnya membawa kepada kematiannya.
Akhirnya beliau ‘tersenyum’ di syurga. Satu doa.
Unsur Sastera: Aku cuba memasukkan unsur asonansi seperti dalam baris ini: Desasnya mengikis desusnya menghiris (asonansi huruf S)
Komen dan Kritikan: Ha, bab ini adalah bab yang paling best sebab puisi ini dinilai oleh orang yang agak autoriti juga dalam bidang puisi.
Well, ini anak sulong kan, jadi faham-fahamlah. Serius, aku baca sekarang memang gelak je. Tapi agak impresif jugalah sebab tidaklah kosong terus daripada unsur sastera kan?
Komen ini adalah daripada Dr. Fahd Razy, beliau adalah pengasas GKLN ini, seorang doktor perubatan dari R. of Ireland. Telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil (HSKU) beberapa kali. Sebab tu aku cakap beliau agak berautoriti dalam menilai karya.
……………………………………………
“Saya tak tahu kenapa, melihat tarikh puisi ini
ditulis, merasakan seolah-olah puisi ini ditujukan
untuk Benazir Bhutto. Mungkin kerana isu tersebut
yang sedang diperkatakan sekarang, Sky News tak henti
ulang tayang berita sama semalam (walaupun saya punya
pandangan yang bukan berbeza tentang Benazir, tapi
kematiannya tetap satu tragedi untuk umat Islam yang
makin parah, seriau rasanya). Juga melihat
pengakhiran sajak ini yang membayangkan
pemergian/kematian, khasnya pada baris:
“Saat semayam di mahligai syurga”
Jika telahan saya benar, sedikit cadangan, supaya di
bawah tajuk puisi diletakkan sedikit nota, dalam
kurungan. Misalnya:
Matahari itu….
(Untuk Benazir)
Ini penting, terutamanya dalam puisi yang
seratus-peratus (atau hampir 100%) simbolik seperti
puisi Abd Rahim. Jika telahan saya salah sekalipun,
nota tersebut tetap digalakkan untuk memberi ‘hint’
kepada pembaca akan mesej pengarang. Bahkan, saya
yakin, membaca puisi sdr Abd Rahim ramai yang
tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan, matahari?
Bayu? Kayangan? Tentang ozon ke?
Seterusnya, masih lagi tentang tajuk. Mengapa perlu
ada tiga titik berturutan itu (bahkan empat
sebenarnya)? ???? Setiap penulis GKLN, yang tampil
dengan kesalahan sama saya anggap sebagai ahli baru,
yang tak baca komen saya sebelum ini. Termasuklah tiga
titik pada akhir baris pertama setiap rangkap,
walaupun tidak salah, tetapi merosakkan ‘fluency’
sajak itu. Buang saja. Letak koma, kalau mahu juga
letak sesuatu.
Seterusnya, seperti yang saya sentuh, puisi ini
sepenuhnya bermain dengan simbolik. Satu tafsiran
saya, (yang mungkin saja salah), matahari menjadi
simbol ‘ketokohan’. Satu watak yang berperanan besar
dan dominan dalam masyarakat, seperti mana matahari
itu sendiri sangat penting dalam menjana enjin
ekosistem kita. Tetapi jasa dan sumbangan matahari
tidak direstui ‘bayu’. Baca saja rangkap ini:
Susuk bayu menerpa kembali
Terbahak kejam menyorot sang mentari
Tusuknye tuli tikamnya benci
Sengsara diri ratapnya fardi
Nista dicerna lumat sendiri
juga rangkap ini…
Ironi sang bayu terjah menggertak
Benci sangat bagai dibentak
Katanya usah dibaja petualang yang benak
Takkan ia menangkis onak
Walaupun tentangan yang disuarakan oleh sang bayu,
matahari tidak putus asa,( Walau terpasung dek umpat
keji/ Secangkir cahaya melimpahi bumi ) sehingga
akhirnya matahari bersemayam di syurga. Mungkin
tafsiran ini salah satu versi yang boleh kita dapati
daripada puisi ini. Terserah kepada penulisnya, untuk
menerangkan selepas ini, maksud yang dibawa. =D
Walaupun penuh dengan simbol, puisi ini masih lagi
bertampung dengan klise. Perlambangan ‘matahari’ itu
sendiri suatu yang klise, walaupun dilihat ada usaha
yang bersungguh untuk menonjolkannya dalam rupa yang
baru, itu strategi yang cemerlang! Tapi pandangan
saya, strategi Abd Rahim ini kurang berjaya kerana
puisinya terlalu meleret bercerita, ulang-mengulang
akan hal yang sama. Lambang ‘matahari’, walaupun
klise, tetapi ditonjolkan dalam suasana baru, menjadi
baru…tetapi apabila terlalu dihuraikan, diceritakan
bertele-tele, maka akhirnya tanpa disedari, akan
terserlah aspek-aspek klisenya.
Dari segi pemilihan katanya, saya rasa Abd Rahim punya
bakat, puitis orangnya. Berpotensi. Cuma olahan dan
cara/teknik memaparkannya perlu diperbaiki.
Analoginya, kalau nak decorate rumah, dengan kata
lain, Abd Rahim pandai menghias, letak pasu, bunga,
bingkai etc, tetapi kurang dari segi reka letak supaya
perabot2 itu berfungsi. Block jalan ke tak. Boleh buat
orang terlanggar ke tak. Dsb.(hmmm. macam dah start
melalut pula saya ni…=D)
Apa2pun…teruskan menulis!!! Satu-satunya cara
mengatasi apa yang kata ini, bukan dengan mengedit
sajak ini. Tetapi dengan menulis lebih banyak sajak!
Eid Mubarak!”
…………………………………….
Manakala ini pula adalah kritikan daripada senior aku sendiri, saudari Khajidah Khalilah Abdul Rashid.
Assalamualaikum,
Ok,itu saja apa yang dapat saya beri untuk pandangan saya.
Sanah Saiedah!
_____________________________________________________________
.
Jadi kesimpulannya adalah, penulis baru biasanya akan lakukan kesilapan yang hampir sama. Antaranya adalah:
1. Suka sangat buat titik melebih-lebih tanpa tujuan.
2. Klise! Ini sangat kerap.
Klise ni adalah satu kekerapan struktur sama ada perlambangan, metafora, personifikasi dsb yang tidak lagi menjadi kejutan kepada pembaca. Boleh klik di sini untuk contoh.
.
Sekian, selamat membaca sastera. hahah
Posted on February 2, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 2 Comments.
Rahim, lain kali komentar akak tidak perlu diletakkan. Tak best! Haha. Kenapa tak nampak nama awak sebagai peserta antologi yang GKLN anjurkan? Masuklah.
Akak Lilah. tak sangka akak masih mengikuti blog cikai saya nih. hahaha, saya baru je daftar dalam kedua2 antologi, tapi masih belum mula apa2 lagi ni…tengah di tetouan ni, amik mood Al-Idrissi sbg inspirasi.