Justifikasi
Setiap perkara yang kita lakukan perlu ada justifikasi yang jelas sebagai satu jawapan kepada persoalan yang mungkin ditimbulkan implikasi daripada perbuatan tersebut.
Ada perkara yang kita lakukan itu betul dari segi prinsipnya, tanpa perlu justifikasi. Sebagai contoh, konsep berbuat baik sesama manusia yang bersifat common sense. Tanpa perlu lagi bersebab musabab yang panjang lebar, hampir semua manusia bersetuju dengannya.
Ada perkara yang betul pada prinsipnya, akan tetapi perlukan justifikasi yang benar-benar kita yakini untuk menerima atau menolaknya.
Dalam hal inilah kita akan lihat bagaimana sistem kepercayaan yang kita bina melalui pengalaman, tahap ilmu, latar belakang dan kecenderungan diri dalam membenarkan atau menolak satu-satu justifikasi yang diberikan.
SISTEM
Apabila kita sebut tentang sistem pemikiran, maka mahu tidak mahu kita perlukan kepada struktur-struktur konkrit yang terhadap di dalamnya untuk dijadikan asas dan indikator dalam pembentukan sistem tersebut.
Mudah cakap, apa unsur-unsur yang kita guna dalam menilai satu-satu perkara sehingga layak diangkat menjadi satu pemikiran, atau sekadar satu gumaman kita semata-mata yang mungkin bertaraf sampah. huhu
Contoh mudahlah, aku bercakap pasal remaja a.k.a aku dan yang sewaktu dengan aku. Kita selalu dilabel sebagai anti-established dan aku akuilah. Kita suka menjadi unik, punya ideologi yang ‘konon’nya tersendiri dan seolah-olah tak pernah lagi orang yang sebelum kita terokai apa yang kita tahu hari ini.
Lebih buruk lagi apabila yang berideologi bombastik ini nak cuba membuang ideologi-ideologi yang lain tanpa mereka kenal pun apa yang mereka bangkang itu sampai ideologi Islam pun dilanggar tanpa sedar.
Lalu ditohmah pihak lain sebagai dogmatik, dungu dsb.
ILMU
Kuncinya adalah ILMU. Tak tahu tapi buat-buat tahu, atau tak mahu tahu tapi bertegang urat leher untuk pertahankannya.
Pepatah Melayu ada menyebut, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
Mungkin pihak yang didakwa itu sengaja berdiam diri untuk menjaga maslahah ukhuwah atau bersangka baik bahawa kebenaran pasti akan terserlah dengan sendirinya.
Mungkin kita sebenarnya yang masih tak direzekikan kefahaman agama oleh Tuhan. Ya, kefahaman agama itu adalah satu rezeki yang perlu padanya mujahadah, dan hanya dikurniakan buat mereka yang Dia mahukan kebaikan sahaja.
Kata Imam Syafie, “Aku mampu berhujah dengan 10 orang alim tapi aku tidak mampu berdebat dengan seorang yang jahil!”
Posted on February 3, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a Comment.
Leave a Comment
Comments (0)