Karya 2: “Sembah Aku Tuhan”
Sembah aku Tuhan!!!
Di Mesir juga, pernah ada unsur-unsur sebegini, namun sebagai pihak bertanggungjawab terhadap isu-isu sensitif Islam ini saya wajar aku ketidak sesuaiannya.
Begitu juga pada puisi ‘Engkau Hamba!’ Secara peribadi, puisi ini juga tidak layak dijadikan puisi kerana seolah-olah Allah sedang ‘bercakap’ dan percakapan yang digunakan adalah secara tulisan. Walaupun kita ketahui bahawa al-Quran adalah kalam Tuhan yang diturunkan melalui perantaraan Jibril, tetapi kalam Tuhan adalah kalam-kalam yang hanya terbit di dalam al-Quran.
Maka, seolah-olah karya dan puisi “Engkau Hamba!” adalah kata-kata Allah selain dari al-Quran. Dan, perkara ini serba sedikit akan mendatangkan pemahaman kita bahawa Allah menurunkan wahyu baru selain al-Quran.
Pokok pangkalnya, seseorang penulis harus bertanggungjawab terhadap penulisan mereka. Saya secara peribadi memberikan pendapat ini. Tetapi, jiwa ada kawan-kawan yang lebih arif daripada saya, saya jemput untuk bicara tentang hal sebegini.
.
Moga, kita dapat kebaikan bersama. Wassalam.
.
Syafiq Zulakifli
Kaherah, Mesir
http://typeace. blogspot. com
pula puisi Kassim Ahmad apabila menyebut ‘tuhan telah
mati’ dan menjadi kontroversi sampai sekarang.Pertamanya, sebagai penulis Muslim, sudah menjadi
tanggungjawab kita mengangkat kemuliaan Islam dalam
karya, menolak kebatilan dan menegakkan kebenaran.
Diakui, hal ini punya banyak pendekatan dan
penafsiran, banyak
strategi dan kaedahnya. Namun, apabila membaca puisi
Abdul Rahim berjudul ‘Sembah Aku Tuhan’ satu
kebimbangan dalam hati saya ialah keberkesanannya
dalam mencapai matlamat di atas.
Apabila membaca puisi tersebut, saya dan juga
kebanyakan ahli GKLN tahu bahawa puisi tersebut
ditulis begitu dalam keadaan sedar, dan sengaja,
mungkin hasratnya untuk membawa sudut pandangan
seseorang yang menolak ketuhanan. Memang benar, untuk
membenarkan atau menolak sesuatu perkara, kita perlu
memahami hal itu terlebih dahulu.Berhujah dengan
mereka yang
menolak agama misalnya, sekular dan sebagainya, wajib
untuk kita ketahui apa pandangan dan hujah mereka.
Mungkin ini yang cuba dikongsi oleh saudara Abdul
Rahim. Namun begitu… masih punya banyak pendekatan
lain yang lebih jelas, dan tidak mengelirukan.
Yang saya kata mengelirukan, pendirian penulis dalam
puisi ini tidak dijelaskan dengan berkesan. Hanya nota
kaki di bawahnya saja yang menjelaskan. Tanpanya,
sudah pasti para pembaca melihatnya sebagai suara
pengarangnya sendiri!!!
“”Salam..sebelum berlaku apa2 kontroversi, ingin saya
tegaskan di sini bahawa puisi ini saya tulis
berdasarkan kisah seorang Muslim yang free thinker .
Puisi ini juga dari sisi orang kafir yang angkuh
dengan Allah…”
Dalam penerbitan, misalnya. Sudah pasti nota kaki
tersebut tidak akan disiar, lalu sajak ini akan
berdiri dengan sendiri dan menjadi sangat hodoh jika
hal ini berlaku, kan? Dari nota kaki itu juga, penulis
sendiri menyedari akan kontroversinya hal ini, maka
saya rasa memilih untuk menjadi kontroversi bukan
satu hal yang bijak, terutama untuk penulis baru.
Sebagai membaikpulih puisi ini, cadangan saya agar
ditegaskan pendirian penulis sendiri. Contohnya,
gunakan dialog, tegaskan bahawa itu kata-kata sahabat
anda. Dan, kebatilan tidak harus dimenangkan. Juga
kebatilan tidak harus ditonjolkan berlebihan dalam
penulisan. Bayangkan, sebuah novel misalnya, tentang
lelaki yang jahat, dia merompak, membunuh, merogol,
menagih, dan sebagainya. 24 bab menceritakan
kejahatannya saja. Bab ke-25, dia akhirnya ditangkap,
dan dihukum bunuh. Dalam penjara dia bertaubat
sungguh2, dan hari terakhir hidupnya, bermimpi
malaikat datang beritahu dia telah diampunkan.
Bayangkan novelseperti ini, walaupun ditamatkan dengan
murni (juga dijelaskan pandangan penulis terhadap
lelaki itu, iaitu yang jahat akan dapat balasan),
tetapi kerana kebatilannya ditonjolkan berlebihan2,
karya seperti ini gagal menjadi karya murni, karya
yang ditulis oleh penulis Muslim.
Hal yang sama juga perlu untuk puisi ini. Jelaskan
pendirian pengarang. Anda kreatif, sudah tentu tahu
bagaimana. Juga, kebatilan harus dikalahkan. Kalau
anda kemukakan suatu kebatilan, maka serta merta
sanggahnya kembali agar pembaca mengetahui pendirian
anda. Karya sastera, sememangnya wajar ‘reflect’
pendirian penulis. Ini bukannya sekadar kita menyalin
‘pandangan orang’ atau ‘fakta’ macam dokumentari
ataupun buku
sejarah. (Bahkan sejarah dan dokumentari sebenarnya
ditulis berorientasikan pandangan
sejarawannya/ dokumentarisnya)
Sila baca, TEORI YES yang telah dimuatkan di blog
GKLN. Saya letakkan di situ ada sebab. Ingat teori itu
sampai bila-bila.
Puisi kedua, putera perabot, juga saya lihat dibina
dengan teknik yang mengelirukan. Puisi ini memerlukan
nota kaki untuk menjelaskannya. Nota kaki, kalau dalam
emel bolehla letak. Tapi dalam penerbitan dan
sebagainya, tak ada ruang untuk diletakkan, dan puisi
ini harus berdiri sendiri. Dan jika puisi ini berdiri
sendiri, juga akan menimbulkan kekeliruan. Walaupun
agak berbeza dengan pendekatan Abdul Rahim (dan
sebenarnya, bertentangan pendekatan) tapi kekeliruan
yang boleh timbul sebanding. Hujah seperti ‘ala,
pembaca faham apa yang aku maksudkan’ tak patut
digunakan, terutamanya dalam hal yang sebegini.
Memang kebanyakan pembaca faham mesej yang dibawa.
Namun dalam puisi-puisi sebegini, ada beberapa batas
yang perlu difikirkan. Hal yang sama, misalnya,
berlaku dalam karya-karya sufi. Tidak semua karya sufi
adalah untuk bacaan umum…sebaliknya sesetengah karya
sufi sewajarnya untuk khalayak sufi yang memahami
perlambangan- perlambangan dan falsafahnya. Apabila
batas ini tidak diteliti, maka terjadi kekeliruan di
pihak khalayak. ‘Tuhan dalam jubahku’, untuk ahli sufi
tentunya memahami…namun menyatakannya secara terbuka
tentu bawa kesan yang merugikan, meskipun wujud
ketulusan maksudnya.
Saya tidak mengatakan bahawa puisi putera perabot
adalah karya sufi, namun situasi yang sama saya rasa,
apply untuk puisi putera perabot. Walaupun mesejnya
murni, namun pendekatannya pada pendapat saya perlu
diperbaik. Saya secara peribadi boleh bertolak ansur
dengan kedua-dua puisi ini, tapi dari segi pandangan
yang rasional, pendekatan yang lebih wajar perlu
digunakan. Memilih pendekatan yang kontroversi,
adakalanya baik. Adakalanya membunuh. 50-50. Jalan
yang selamat, terutama penulis baru seperti anda, dan
saya, ialah memilih jalan yang kurang kontroversi.
ATaupun, banyak aspek lain lagi yang boleh
dikontroversikan. Karya yang kontroversi, biasanya
eksperimental, dan saya memang galakkan ahli-ahli GKLN
bereksperimen. Tapi, kadang-kadang kesesuaian perlu
dipertimbang.
Salam
Fahd Razy
Galway.
Posted on February 11, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a Comment.
Leave a Comment
Comments (0)