Folklore

Baru-baru ini aku berpeluang mengikuti program rentas budaya antara pelajar Malaysia dan Maghribi di Mehdiah, Kenitra. Program ini lebih kepada pengenalan tentang Persatuan Bulan Sabit Merah Maghribi dan Persatuan Dar Shabab (Kelab Remaja) yang menjalankan pelbagai aktiviti kebudayaan, riadah dan lain-lain di sini .

Yang aku nak ceritakan adalah berkenaan dengan kisah-kisah folklore yang dikongsi dengan kami, ada berunsur jenaka dan cerita mulut. Kat wiki cakap folklore ni bermasud:

Budaya rakyat merangkumi cerita, muzik, tarian, legenda, sejarah, peribahasa, jenaka, tahyul, adat resam, dan sebagainya dalam lingkungan sesebuah masyarakat yang mengandungi tradisi (termasuk tradisi lisan budaya, subbudaya, atau kumpulan tertentu, dan juga amalan-amalan perkongsian genre-genre penyampaian tersebut. Secara amali, wujudnya hubung kait antara budaya rakyat dan mitos. -wikipedia

Jadi, antara cerita yang sempat mereka kongsikan dengan kami adalah tentang sejarah nama kampung mereka, Mehdiah. Mehdiah ini dikatakan pada awalnya hanya didiami oleh penduduk di dalam kawasan kasbah sahaja. Kasbah adalah kawasan kubu yang berpenghuni, siap dengan rumah-rumah, penjara, ruang tinjau, hamam, masjid dll.

Maka, pada suatu masa setelah kawasan ini tidak lagi menjadi sasaran serangan tentera musuh dan bilangan penduduk yang semakin meningkat, raja mereka datang melawat ke kasbah ini. Melihat kepada kepadatan penduduknya, maka beliau bertitah bahawa tanah di luar kasbah itu di’hadiah’kan kepada mereka (مَهدى إليهم) dan menitahkan supaya mereka pergi membina penempatan di luar kawasan kasbah tersebut.

Lalu, mereka namakan kampung kurniaan raja mereka dengan Mehdiah (المهدية).

Hebat betul kuasa raja, baru aku tahu tanah kat atas muka bumi ni rupa-rupanya milik mereka. *sarkasme*

______________________________________________________________________________________________

Kisah kedua pula, ketika kami menjamu selera selapas solat Jumaat mereka bercerita tentang kisah rakyat yang katanya agak popular di kalangan mereka.

Kisah ini adalah bahan jenaka untuk merendahkan pihak musuh. Suasana perang antara tentera Maghribi dan Algeria. Kita pun tahu dua negara ni memang tak sebulu kan.

Alkisahnya, kedua-dua rakyat negara ni memiliki nama-nama common yang mereka letak, kalau di sini Mohamed manakala di Algeria pula Abdelkader.

Jadi masa perang tu (bayangkan perang main-main, dengan muka bercoreng-coreng…hahaha), strategi Maghribi untuk menang adalah Simou (si Mohamed) tadi akan menjerit panggil nama Abdelkader dan suruh mereka berdiri, kemudian bila mereka dah berdiri maka askar-askar Maghribi akan tembak mereka. Maka, matilah ramai tentera Algeria.

Kemudian, bila tentera Algeria tahu je strategi pihak Maghribi mereka pn menggunakannya dalam peperangan seterusnya. Lalu, ketika dalam peperangan itu mereka menjerit, siapa Mohamed sila berdiri. Maka, Mohamed-Mohamed yang ada ni pung berdirilah dan terus tembak yang tak berdiri, sebab sah-sahlah mereka tentera Algeria. Duhh, wateva…lepas tu gelak pecah rumah.

Dan banyak lagi cerita-cerita yang cuba dipecah rumahkan oleh mereka dan kami pun gelaklah bila faham, bila tak faham kami gelaklah bila mereka gelak.

Dan akhirnya mereka suruh aku pula cerita folklore kami di Malaysia.

Aku ada teringat satu kisah (atau teka-teki sebenarnya). Kisah tiga sekawan dari Perancis, Malaysia dan Indonesia yang duduk dalam sebuah kapal dengan barang yang banyak didapati di negara masing-masing. Tapi malangnya kapal itu penuh dan nak karam jadi mereka terpaksa membuang barang mereka untuk mengelakkan karam.

Maka, orang Perancis pun buang arak. Orang Indonesia buang keterek dan orang Malaysia?

Anda sambunglah sendiri cerita aku.

Dan lebih malangnya aku tak cerita pun kisah ni pada mereka, macam agak ofensif untuk pihak yang berkenaan.

.

.

p/s: Jiran sebelah kalau bergaduh lagi dahsyat daripada kapitalis dengan sosialis berperang. Senyap je dan tapi berpanjangan. :(

Baru tahu perbezaan Bulan Sabit Merah (الهلال الأحمر) dengan Palang Merah (الصليب الأحمر). Rupanya pada agamanya.

About Abdul Rahim

Tertera nama Abdul Rahim bin Zainudin

Posted on February 15, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.