PERHATIAN

Mahu puisi anda dibukukan?

2006
Antologi puisi Al-Andalus Menangis

https://i0.wp.com/img38.imageshack.us/img38/1498/aamcoverbelakang.jpghttps://i2.wp.com/img11.imageshack.us/img11/3594/aamcoverdepan.jpg


2007
Antologi puisi Wilayah Cinta

https://i1.wp.com/img198.imageshack.us/img198/196/wilayahcintafull.jpg


2008
Antologi puisi Bahasa Bumi

https://i2.wp.com/img38.imageshack.us/img38/6499/bahasabumicover.jpg

2009
Antologi puisi Badar Metropolitan

https://i1.wp.com/img169.imageshack.us/img169/7046/badarmetropolitancover.jpg

2010
Antologi puisi [judul puisi anda?]

https://i0.wp.com/img198.imageshack.us/img198/937/postersayembara.jpg

Hebahkan maklumat ini kepada teman-teman anda di seluruh dunia

kerana ini musim menarikan pena!

Kini masanya telah tiba.
SAYEMBARA PUISI BERUNSUR ISLAM GKLN 2009
KEMBALI MENEMUI ANDA!

Puisi-puisi karya penulis luar negara kini dicari untuk diantologikan!
Hantarkan karya anda sebelum 31 Januari 2010.

Maklumat lanjut dan syarat penyertaan di http://karyawanluar negara.com

SAYEMBARA PUISI ISLAMI GKLN 2008


Maklumat lanjut di http://gkln. blogspot. com

Pengenalan

Sayembara Puisi Islami GKLN 2008 merupakan salah satu aktiviti tahunan Grup Karyawan Luar Negara untuk seluruh ahlinya yang mewakili pelbagai negara. Meskipun memiliki berbilang latar pendidikan, masyarakat, dan koordinat geografi yang berbeza, sayembara ini akan menjadi wadah yang menyatukan fikrah para peserta. Sayembara ini akan membentuk dimensi baru yang mengisi kekosongan relung jiwa penyajak muda di samping dapat menghubungkan sesama mereka untuk tujuan dan nuansa yang sama ; mengangkat nilai kesusasteraan Islami ke peringkat yang lebih tinggi

Objektif

1. Menawarkan dunia penulisan kreatif sebagai salah satu wadah menyampaikan mesej dakwah dan pemikiran kritis di samping meningkatkan penghayatan para peserta dalam aspek keagamaan menerusi penulisan sajak yang bertemakan keagamaan dan berunsurkan Islam. Hal ini diharap dapat membantu memperbaiki jati diri dan kesedaran mereka sebagai pelajar Muslim.

2. Menambah minat dan pengelibatan para peserta dalam bidang sastera dan khususnya penulisan sajak.

3. Melahirkan masyarakat Islam yang lebih dinamik dan seimbang yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek sains tetapi juga dalam aspek cipta kreatif. Memandangkan majoriti pelajar luar negara adalah pelajar sains ( perubatan ) , maka usaha melibatkan mereka dengan penulisan akan menjadikan mereka lebih fleksibel dan serba boleh dari segi pengalaman dan kemahiran, bukan sahaja dalam bidang sains, tetapi juga dalam bidang kerohanian dan selain sains.

4. Memberi ruang kepada pelajar Malaysia di luar negara untuk mengikuti aktiviti sastera dan penulisan yang lebih tersusun. Terdapat segelintir pelajar-pelajar di luar negara yang berminat mendekati dunia penulisan, namun kebatasan ruang dan peluang untuk berkarya membuatkan usaha ini menjadi terbantut.

Syarat Penyertaan

1. Sayembara ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati semua syarat berikut :

a) Sedang menuntut di luar negara.
b) Telah menjadi ahli GKLN yang sah. Bagaimana ingin menjadi ahli GKLN yang sah?
Isikan borang keahlian dan hantarkan ke gkln_sayembara@
yahoo.com bersama karya penyertaan anda.
c) Menuntut di negara yang dirangkumi oleh GKLN.
d) Peserta yang mengikuti ‘twinning program’ juga layak menghantarkan penyertaan dengan syarat belum selesai mengikuti program ‘undergraduate’ sebelum tarikh tutup penyertaan.

2. Syarat karya :

a) Setiap puisi wajib mempunyai unsur moral dan pengajaran.
b) Setiap puisi boleh menyentuh mana-mana aspek seperti :
(1) Sejarah Islam.
(2) Nilai tamadun kerajaan Islam silam.
(3) Tokoh Islam
(4) Dakwah dan tarbiyah
(5) Aspek perjuangan menegakkan syiar Islam.
(6) Kritikan sosial dan sikap umat Islam.
(7) Isu-isu semasa dunia Islam.
(8) Kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam
(9) Keamanan/kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam seperti Iraq, Palestin dan sebagainya.
(10) Aspek sains dan teknologi yang membabitkan umat Islam
(11) Lain-lain aspek yang berkaitan.

3. Hasil karya hendaklah asli ( bukan saduran atau terjemahan) , belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog, diharapa dapat menarik balik sajak tersebut dari blog sebelum keputusan diumumkan.

4. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut ( di buletin, majalan, weblog dan yahoogroups GKLN ) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.

5. Pemenang hadiah utama akan dibukukan.

6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2008.

7. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan.

Penilaian

1. Hantarkan 3 sajak terbaik yang memenuhi syarat-syarat karya.

2. Sajak dinilai secara ‘kombo’.

3. Pemenang akan dinilai berdasarkan keupayaan mengolah tema yang diketengahkan , kebijaksanaan mendidik pembaca dengan kreativiti dan persembahan yang puitis.

4. Hadiah ditawarkan untuk tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga serta dua hadiah saguhati ( tertakluk pada pindaan).

5. Keputusan akan diumumkan pada 20 Februari 2009.

6. Tertakluk kepada perubahan

Format Penulisan

a) Tajuk di bold kan. Menggunakan Font Arial pada ukuran 16

b) Teks sajak menggunakan Font Arial pada ukuran 12.

c) Tulisan hitam. ( untuk tajuk dan teks )

d) Hantarkan dalam bentuk kombo susunan tangga ( kurang baik –> terbaik ) Ini terpulang pada penilaian para peserta. Tiada markah tambahan untuk penyusunan yang tepat.

e) Di awal karya , tuliskan

Nama pena
Nama penuh
Lokasi di luar negara
No. telefon
Alamat di Malaysia
No. telefon
Email

f) Panjang setiap karya hendaklah tidak melebihi satu mukasurat.

g) Contoh

Nama pena : Fahd Razy
Nama penuh : Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy
Lokasi di luar negara : Ireland
No. telefon :
Alamat di Malaysia :
No. telefon :
Email :

Hujan Ramadhan

Hujan fajar yang berebutan di jalan
adalah gamit Ramadhan
adalah bisik rindu
yang menjemputku bersubuh dalam
balutan sejahtera
saat pagi yang menguji itu
menghantar aku ke rumah muhasabah
dengan hati yang sering pecah
dan suara merekah

Dapatkan buku kami!

1) MENGGELEDAH NURANI

Judul: Menggeledah Nurani
Genre: Kumpulan puisi
Penulis: Fahd Razy
Halaman: 120 (tidak termasuk kata pengantar dan kulit)
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127-0-8
Tahun: 2008
Harga: RM15

MENGGELEDAH NURANI merupakan kumpulan puisi persendirian pertama Fahd Razy yang menghimpunkan sejumlah 80 buah puisi yang ditulis antara 2001-2008. Naskhah ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Menggeledah Nurani dan Angin Sejarah. Menggeledah Nurani merakamkan puisi-puisi bernuansa Islam yang bersifat peribadi dan tercetus dari rasa kehambaan dan kekaguman kepada Pencipta manakala Angin Sejarah lebih sejagat sifatnya, merangkumi sejarah, ketamadunan, sosio-politik, serta isu-isu semasa. Naskhah ini turut menghimpunkan puisi-puisi yang telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005, 2006, dan 2007, Hadiah Puisi Sains Karyanet 2004 dan 2005, Anugerah Penyair Alam Siber 2006, dan Sayembara Puisi Al-Fikrah MAIDAM-DBPWT 2007.-GPH-

2) BAHASA BUMI

Judul: Bahasa Bumi
Genre: Antologi puisi

Penyelenggara: Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syazlin Sazali, Maisarah Shukri
Halaman: 190
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127-2-2
Tahun: 2008
Harga: RM15

BAHASA BUMI merupakan naskhah pertama Grup Karyawan Luar Negara yang menghimpunkan sejumlah 50 orang penulis luar negara termasuk Zaid Akhtar, Muhaimin Sulam, Fahd Razy, Hafez Iftiqar, Adibah Abdullah, Siddiq Osman, Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syafiq Zulakifli, Alirfan Jindullah, Khairil Idham Ismail, Lailati Mahat dan ramai lagi. Para penulis ini kesemuanya sedang menuntut di pelbagai institut pengajian di seluruh dunia termasuk Sudan, Maghribi, Mesir, Jordan, Rusia, Jepun, India, Indonesia, Australia, Jerman, Republik Czech, United Kingdom, Ireland, dan Amerika Syarikat. Keseluruhan karya mempamerkan kepelbagaian tema dan teknik, merangkumi sejarah, politik, falsafh, tarbiyah dan dakwah, isu-isu semasa dan global, selain kemanusiaan dan kemasyarakatan. Usaha mengumpul 50 penulis luar negara ini akan dijadikan aktiviti tahunan penerbitan GKLN sebagai usaha menyemarakkan lagi kegiatan penulisan dari khalayak ini. Turut termuat 5 buah puisi yang telah memenangi Sayembara Puisi Islami Maghribi 2008 (SEMPURI) yang berlangsung pada awal tahun 2008.-GPH-

3. MENGEMIS DI KOTA LARANGAN

Judul: Mengemis di Kota Larangan
Genre: Antologi cerpen
Penyelenggara: Adibah Abdullah, Rebecca Ilham, Hafez Iftiqar
Halaman: 180
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127-1-5
Tahun: 2008
Harga: RM15

MENGEMIS DI KOTA LARANGAN merupakan antologi susulan kepada Sayembara Cerpen Grup Karyawan Luar Negara 2008 yang berlangsung pada awal tahun ini. Menghimpunkan 15 buah cerpen, karya-karya yang termuat dipilih dari sekian banyak penyertaan yang diterima untuk sayembara tersebut, termasuklah 5 buah cerpen terbaik yang dipilih untuk menerima hadiah. Keseluruhan cerpen mengangkat suasana luar negara sesuai dengan pengalaman dan latar belakang penulisnya selain menyentuh pelbagai isu termasuklah sosiopolitik, perbezaan ideologi, sejarah tamadun, keamanan dan kemanusian, selain daripada kekeluargaan dan kasih sayang.-GPH-

Senarai cerpen: 1) Mengemis di Kota Larangan 2) Wahidah dan Secebis Tabah Khalilullah 3)Jihat ideologi Duka Andalus Lama 4) Usrah Terakhir di Penarek 5) Warkah Buat Rabiah 6) Inkarnasi Samuel di Nazareth 7) Wira 8 ) Mencerakinkan Kelabu 9) Impian Galsan Tschinag 10) Idealis 11) Kerna Cinta Zulaikha 12) Sayang Tak Terungkap 13) Manik-manik Berdebu 14) Sempadan Khaliq 15) Hadiah Dari Langit
Senarai penulis: Rebecca Ilham, Muhaimin Sulam, Hafez Iftiqar, Adibah Abdullah, Siddiq Osman, Lailati Mahat, Ainaa Mardhiah Suhaimi, Muhd Syukri Rosli, Emil Azhar, Rifhan Rasuli, Saiful Haq, Badriyah Ali, Noor Ayuni CZ

4) PAKEJ 2008

Dapatkan 1 set (3 judul buku) dengan harga RM42 termasuk pos.
– Menggeledah Nurani
– Mengemis di Kota Larangan
– Bahasa Bumi

Untuk sebarang tempahan, sila emelkan nama serta alamat berserta butiran tempahan (judul dan naskhah) kepada fahd_razy@yahoo.co.uk atau hubungi Fahd Razy di 0122968901 (nombor ini sah sehingga 7 September sahaja)
PERHATIAN: Kos pos RM1 bagi setiap naskhah buku.

iklan dari sesawang kami; http://gklnpublishinghouse.blogspot.com/

Hari Diskusi Penulisan Islami 2008

Dengan berbesar hati, kami menjemput kalian ke Hari Diskusi Penulisan Islami 2008, 5 Julai ini. Insya Allah, kita juga akan usahakan untuk menyiarkannya secara atas talian (online) dari sini untuk meraikan tetamu dari seluruh dunia secara maya.

Tentatif program adalah mengikut waktu tempatan (maghribi) {contoh; 10;00 pagi Maghribi = 17;00 petang Malaysia}

Untuk mengikuti Hari Diskusi Penulisan Islami 2008 secara maya, sila ‘add’

ID Yahoo Messenger ; gklnandalusy (gklnandalusy@yahoo.com)

atau ID Skype : gkln.andalusy

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh merujuk terus kepada saya di ainaasuhaimi@gmail.com atau ainaazikri@yahoo.com

Selamat datang ke Gerbang Andalus!

p/s; bagi warga Malaysia di Maghribi, anda bolehlah membuat pendaftaran dengan menghantar nama penuh dan nombor kad pengenalan (Malaysia) untuk sijil penyertaan.

Tentatif program

Masa

Aturcara

9.00 pagi – 9.30 pagi

Pendaftaran

9.30 pagi – 10.30 pagi

Taklimat

Ucapan & Perasmian

10.30 pagi – 11.30 pagi

Slot bersama

TYT Duta Besar Malaysia ke Maghribi

Pelestarian Citra Islami Menerusi Bahasa, Sastera Bangsa”

11.30 pagi – 1.00 petang

Diskusi Penulisan Islami

1.00 petang – 2.30 petang

Makan tengahari

Solat

2.30 petang – 4.30 petang

Pembentangan dan

pembedahan puisi

SEMPURI’08

4.30 petang – 5.00 petang

Majlis penutup

Penyampaian sijil

HARI DISKUSI PENULISAN ISLAMI 2008

anjuran
GRUP KARYAWAN LUAR NEGARA
BENUA AFRIKA DAN TIMUR TENGAH
(GKLN)

5 Julai 2008
________________________________________________________________________________

I.Latar Belakang

Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) merupakan perkumpulan pelajar (dan bekas pelajar) di luar negara yang menumpukan kegiatan-kegiatan berkaitan dunia penulisan dan sastera. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah penerbitan antologi, perbincangan karya, bengkel penulisan, penganjuran sayembara dan sebagainya. Ahli-ahli GKLN pula meliputi pelbagai negara (kecuali Mesir dan Jordan yang telah diwakili kumpulan Adabuna) termasuklah Ireland, United Kingdom, United States, Rusia, Jepun, Australia, New Zealand, Maghribi, Indonesia, India, Ukraine, Perancis, Jerman, dan lain-lain. Matlamat utama GKLN ialah memberi latihan, galakan, dan pendedahan kepada pelajar luar negara yang berminat dalam penulisan di samping berkongsi bahan bacaan sastera sesama ahli.

Hari diskusi ini merupakan lanjutan daripada sayembara bernuansa sastera Islami yang julung kali di adakan di benua Afrika, Sayembara Puisi Maghribi 2008 (SEMPURI ‘08 ) yang dianjurkan oleh Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) rantau Timur Tengah dan benua Afrika. Tumpuan hari diskusi kali ini menjurus kepada diskusi penulisan genre puisi – merangkumi aspek teori, praktik, penerbitan dan kritikan.

II. Objektif
a.membincangkan pelbagai aspek yang berkaitan dengan penulisan puisi, termasuk tentang teori, prinsip, falsafah, pemikiran, praktik, teknik, pendekatan, penerbitan dan kritikan penulisan genre ini;

b.mendedahkan kepada peserta pelbagai teori dan teknik penulisan puisi yang mampu memajukan serta mengembangkan lagi bidang penulisan ini serta industri yang berkaitan (penerbitan);

c.menarik minat dan kecenderungan penulis-penulis muda, bagi melahirkan lebih ramai penulis baru yang akan menyemarakkan lagi dakwah penulisan Islami;

d.menjadikan hasil daripada program ini sebagai sesuatu yang dapat menyumbang kepada usaha-usaha memantapkan lagi kurikulum serta kaedah pengajaran/pemelajaran penulisan sastera Islami di Grup Karyawa Luar Negara (GKLN).

III. Tema
Tema Hari Diskusi Penulisan Islami ini adalah:
“Pelestarian Citra Islami menerusi Karya Puisi Kontemporari”

III. Peserta/Khalayak Sasar
Peserta hari diskusi terdiri daripada umumnya warga Malaysia di Maghribi yang meminati bidang penulisan sastera Islami, juga sasaran khas – peserta SEMPURI ‘08.

IV. Yuran Penyertaan
Penyertaan di dalam hari diskusi ini adalah sebanyak lima dirham (5 DH) seorang. (Sijil Penyertaan akan diberi kepada 50 penyertaan awal)

V. Tarikh dan Tempat
Hari diskusi akan berlangsung pada 5 Julai 2008, bertempat di Residen, Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Maghribi.

AINAA MARDHIAH BINTI SUHAIMI
Penyelenggara Timur Tengah dan Benua Afrika
Grup Karyawan Luar Negara

Pencarian 50 Penyajak Luar Negara!

Assalamualaikum

AKAN DATANG! JULAI INI

Pencarian 50 orang penyajak luar negara SUDAH BERMULA!

Grup Karyawan Luar Negara kini sedang memerhati dan mencari ahli-ahli GKLN dari seluruh dunia yang aktif menyumbangkan idea dan tulisan, serta konsisten berkarya terutamanya dalam penulisan puisi. Puisi-puisi yang bermutu akan diberi penghargaan dan penghormatan. Masih belum terlambat untuk mengangkat pena anda!

Nantikan makluman lanjut pada masa akan datang!

SEMPURI ‘08 lagi…

Assalamualaikum.

Tidak berkesempatan menyertai SEMPURI 08?

Di atas permintaan dan sambutan yang menggalakkan, tarikh penyertaan Sayembara Puisi Maghribi ‘08 (SEMPURI ‘08) dilanjutkan sehingga 14 Mac 2008.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyertainya!

(sila skrol ke bawah untuk membaca iklan penuh)

Jom ber”Gezzeg”

2253094864_157114f240_b.jpg

Saya dengan suka hati mempelawa anda semua ‘menikmati’ kesenian fotografi di http://gezzeg.fotopages.com

KEHIDUPAN juga dapat diterjemahkan dengan fotograf. Pemerhati, penilik, penatap, pembaca dan penterjemah itu adalah terpulang kepada individu. ‘Bacalah’ ‘karya’ fotografi dengan naluri anda. Pasti anda akan dapati ‘makna’ yang lebih dari sekadar imej dan warna!

Berminat mendapatkan perkhidmatan fotografi untuk majlis-majlis yang penting? Abadikan memori anda dengan adunan seni fotografi Gezzeg;

www.gezzeg.comwww.walimatul-urus.netgezzeg.fotopages.com

Hubungi;

mr.ghazali@gmail.com ; mr.ghazali@yahoo.com ; 012-9082320

Sayembara Puisi Maghribi 2008 (SEMPURI 08)

pencil2.jpg
SEDANG BERLANGSUNG, JULUNG-JULUNG KALINYA
SAYEMBARA PUISI UNTUK PELAJAR-PELAJAR LUAR NEGARA DI MAGHRIBI

1.0 PENGENALAN

Sayembara Puisi Maghribi 2008 merupakan sayembara yang pertama kali diadakan oleh Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) untuk pelajar-pelajar Malaysia di Maghribi. Grup Karyawan Luar Negara merupakan sebuah grup yang diwujudkan untuk para pelajar Malaysia yang menuntut di serata dunia, luar dari negara Malaysia. Menyedari tentang kepentingan dan keperihatinan terhadap bidang sastera, grup ini sedikit demi sedikit mampu menarik minat para mahasiswa dan mahasiswi Maghribi dalam bidang ini. Menerusi sayembara ini, ia menekankan genre penulisan puisi dan seterusnya membawa tema Islami bagi keduanya. Melalui usaha ini, bertepatan dengan bidang Pengajian Islam yang didalami oleh kebanyakan pelajar, diharapkan dapat membantu dalam mempertingkat penghayatan juga kesedaran dari aspek kerohanian dan Islam. Pendedahan terhadap bidang sastera ini merupakan titik tolak baru untuk para pelajar, sekaligus mempertajam potensi dan bakat ke arah yang lebih tinggi.

2.0 OBJEKTIF

Terdapat beberapa objektif yang dihasratkan melalui Sayembara Puisi Maghribi 2008 ini :-
2.1- Memperkenalkan bidang sastera dalam menyampaikan mesej dakwah yang dibawa disamping meningkatkan kekuatan dalam penghayatan dalam aspek keagamaan menerusi puisi yang dibawa.
2.2- Mendedahkan kepada para pelajar dalam penglibatan bidang sastera bukan sahaja pada segi potensi dan bakat tetapi penting dalam penjanaan pemikiran diri sendiri dan masyarakat khususnya tentang isu-isu semasa umat Islam.2.3- Memperluaskan ruang lingkup yang dipelajari iaitu bukan sahaja dengan hanya membaca tetapi diaplikasi dalam bidang penulisan.2.4- Memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetengahkan minat yang sedia ada ke arah sistem yang lebih tersusun dan mencungkil bakat yang sedia ada.2.5- Memperkenalkan para penulis baru dari kalangan pelajar Malaysia di Maghribi ke arah peringkat yang lebih tinggi samada dikalangan penulis-penulis di Malaysia atau arus perdana.

3.0 PELAKSANAAN

3.1- Syarat-syarat penyertaan

3.1.1- Sayembara ini terbuka kepada semua Mahasiswa Malaysia yang menuntut di Maghribi

3.1.2- Untuk setiap karya mestilah sesuai dengan tema umum iaitu kemurnian agama Islam dan tiada tema khusus ditetapkan.Karya-karya boleh menyentuh bidang sepeti dakwah dan tarbiyah,kritikan sosial,isu-isu semasa dunia Islam, kekacauan ekonomi negara-negara Islam, keamanan dan kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam, sejarah Islam, ketamadunan kerajaan Islam, kemajuan umat Islam di masa hadapan samada dari aspek sains dan teknologi dan aspek-aspek lain yang berkaitan

3.1.3- Setiap peserta bebas menghantar bilangan puisi namun hanya satu hadiah sahaja layak dimenangi oleh setiap peserta. Hadiah ditawarkan untuk tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga serta dua hadiah saguhati.

3.1.4- Setiap karya puisi hendaklah merupakan hasil penulisan asli dan belum pernah disiarkan oleh mana-mana bahan cetakan dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain dan tidak pernah disiarkan di mana-mana blog. Karya ciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima.

3.1.5- Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak memanjangkan karya tersebut ke peringkat lebih tinggi dengan izin penulis dan hak cipta karya tetap di tangan penulis.

3.1.6- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Februari 2007.

3.2- Kaedah pelaksanaan 3.2.1- Sebagai menghebahkan Sayembara Puisi Maghribi 2008 ini, iklan akan disebarkan menerusi komuniti YahooGroups PMMM.

3.2.2- Segala pertanyaan yang berkaitan tentang sayembara ini dan penghantaran karya bolehlah merujuk emel yang diberikan. (rujuk 3.3.2)

3.2.3- Menjelang tarikh tutup penyertaan, kesemua manuskrip karya yang diterima akan dihantar kepada panel-panel hakim yang akan dilantik.

3.2.4- Keputusan yang akan dinilai dan kemudian akan diumumkan di YahooGroups PMMM dan weblog GKLN. Penyampaian hadiah akan dimaklumkan kemudian.

3.3 Penyertaan

3.3.1 Puisi – Tajuk adalah bebas dan bertema islami

Mengikut format puisi yang ditetapkan dan mematuhi hukum Bahasa Melayu

1)Tajuk puisi

2) Nama pena (jika ada)

3) Isi puisi

3.3.2 Setiap penyertaan hendaklah dihantar kepada nama berikut sebelum tarikh tutup 27 Februari 2007

Ainaa Mardhiah Suhaimi ( ainaazikri@yahoo.com )

Khadijah Khalilah Abdul Rashid (khadijahkhalilah@yahoo.com )

3.3.3 Setiap peserta dikehendaki melengkapkan butir-butir diri di bawah :

Nama penuh :

Nama pena (jika ada) :

Nombor kad pengenalan ( Malaysia ):

Bidang pengajian :

Nama universiti :

4.0 PENUTUP

Semoga Sayembara Puisi Maghribi 2008 ini mendapat sokongan dan sambutan yang menggalakkan dari setiap pelajar Malaysia yang menuntut di Maghribi dan seterusnya dapat merealisasikan objektif yang digariskan. Diharap agar bidang sastera ini mendapat tempat bagi pihak sasaran bukan sahaja masa ini tetapi untuk masa akan datang.

Sayembara Cerpen Berunsur Islam GKLN 2008 !!!

PENDAHULUAN
Sayembara Cerpen Islami GKLN 2008 merupakan sayembara cerpen yang julung kali diadakan oleh Grup Karyawan Luar Negara untuk seluruh ahlinya dari pelbagai negara. Selain meliputi rangkaian geografi yang luas, sayembara ini juga merupakan yang pertama anjuran GKLN meliputi genre cerpen dengan masih menekankan nuansa Islami sebagai terasnya. Sayembara cerpen ini berfungsi sebagai serampang dua mata bagi membantu meningkatkan penghayatan dan kesedaran para pelajar di luar Negara dalam aspek kerohanian di samping memberikan pendedahan kepada para peserta yang majoritinya pelajar sains terhadap dunia sastera dan penulisan sebagai aktiviti sisi alternatif kepada mereka yang wajar diceburi sekaligus memperkembangkan potensinya sebagai wadah dakwah yang merangsang.

OBJEKTIF

1) Menawarkan dunia penulisan kreatif sebagai salah satu wadah menyampaikan mesej dakwah dan pemikiran kritis di samping meningkatkan penghayatan para peserta dalam aspek keagamaan menerusi penulisan cerpen yang bertemakan keagamaan dan berunsurkan Islam. Hal ini diharap dapat membantu memperbaiki jati diri dan kesedaran mereka sebagai seorang pelajar Muslim.
2) Menambah minat dan penglibatan para peserta dalam bidang sastera khususnya penulisan cerpen. Di kalangan pelajar-pelajar luar negara didapati aktiviti dan penglibatan mereka dalam penulisan sangat kurang dan terhad walhal penulisan dan sastera memikul fungsi penting dalam menjana pemikiran masyarakat.
3) Melahirkan masyarakat Islam yang lebih dinamik dan seimbang yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek sains tetapi juga dalam aspek cipta kreatif. Memandangkan majoriti pelajar luar negara adalah pelajar sains (perubatan) maka usaha melibatkan mereka dengan penulisan akan menjadikan mereka lebih fleksibel dan serba boleh dari segi pengalaman dan kemahiran, bukan sahaja dalam aspek sains, tetapi juga aspek bukan sains dan kerohanian.
4) Memberi ruang kepada pelajar Malaysia di luar negara untuk mengikuti aktiviti sastera dan penulisan yang lebih tersusun. Terdapat segelintir pelajar-pelajar di luar Negara yang berminat mendekati dunia penulisan namun kebatasan ruang dan peluang untuk berkarya membuatkan usaha ini menjada terbantut.5) Mengisi kekosongan ruangan karya kreatif di dalam buletin-buletin persatuan pelajar memandangkan karya yang dihantar untuk penyertaan akan dinilai untuk disiarkan di media-media kelolaan PPIMI, dan organisasi lain.

SYARAT PENYERTAAN

1) Sayembara ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati semua syarat berikut:
a) sedang menuntut di luar negara
b) menjadi ahli GKLN yang sah (RUJUK SYARAT 11, UNTUK KETAHUI CARANYA)
c) menuntut di negara yang dirangkumi oleh GKLN
d) peserta yang mengikuti ‘twinning program’ juga layak menyertai dengan syarat belum selesai mengikuti program ‘undergraduate’ sebelum tarikh tutup penyertaan.

2) Setiap karya yang dihantar hendaklah bersesuaian serta mencerminkan kemurnian agama Islam itu sendiri. Tiada tema khusus ditetapkan, tetapi cerpen yang berlatarbelakang luar negara amat digalakkan. Karya-karya boleh menyentuh mana-mana aspek perjuangan menegakkan syiar Islam, dakwah dan tarbiyah, kritikan sosial dan sikap umat silam, isu-isu semasa dunia Islam, kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam, keamanan/ kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam seperti Iraq, Palestin, dan sebagainya, sejarah-sejarah Islam, ketamadunan kerajaan-kerajaan Islam silam, dan lain-lain yang bersesuaian, perkembangan/harapan terhadap kemajuan umat Islam di masa hadapan, aspek sains dan teknologi yang membabitkan umat Islam, dan lain-lain aspek yang berkaitan.

3) Setiap peserta bebas menghantar bilangan cerpen namun hanya satu hadiah sahaja layak dimenangi oleh setiap peserta. Hadiah ditawarkan untuk tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga serta dua hadiah saguhati.

4) Keputusan akan diumumkan menjelang musim panas 2008 dan penyampaian hadiah akan ditetapkan kemudian.

5) Cerpen hendaklah tidak kurang 1200 patah perkataan dan tidak lebih 2500 patah perkataan.

6) Hasil karya hendaklah asli (bukan saduran atau terjemahan), belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog, diharap dapat menarik balik cerpen tersebut dari blog sebelum keputusan diumumkan.

7) Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin, majalah, weblog dan yahoogroups GKLN) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.

8 ) Beberapa cerpen terpilih (samada menang atau tidak) akan dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam antologi cerpen terbitan GKLN pada musim panas 2008.

9) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 April 2008.

10) Hantarkan penyertaan (cerpen) berserta nama, nama pena (jika ada), emel, lokasi di luar negara dan jurusan serta no telefon di luar negara kepada: puisieire@yahoo.com

11) Untuk menyertai Grup Karyawan Luar Negara:

a) Bagi yang belum menyertai GKLN, dan mempunyai akaun Yahoo! klik ikon di bawah, dan login emel anda. Dalam ruangan ‘Comment to owner’- nyatakan

i) nama dan nama pena (jika ada)
ii)emel
iii)jurusan, universiti, dan tahun pengajian
iv)tarikh lahir
v)lokasi di Malaysia

Klik ikon untuk menyertai GKLN


Click here to join karyawanluarnegara
Click to join karyawanluarnegara

b) Bagi yang telah menyertai YahooGroups GKLN (tetapi belum mendaftar) ATAU tidak mempunyai akaun Yahoo! sila hantarkan butir yang sama ke emel: adiba_308@yahoo.com (dan salinan ke fahd_razy@yahoo.co.uk)

NOTIS: PIHAK URUSETIA SAYEMBARA CERPEN BERUNSUR ISLAM GKLN 2008 BERHAK MEMINDA MANA-MANA SYARAT PERTANDINGAM PADA BILA-BILA MASA.

iklan ini di’naqal’ dari blog rasmi GKLN; http://gkln.blogspot.com/

poster

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: