Karya 5: Azimat Seru

Puisi ini adalah puisi yang aku tulis untuk dihantar pada pertandingan Sayembara Puisi Maghribi 2008 (SEMPURI 2008). Tapi kalah, dan antara komen juri adalah penggunaan perkataan arab yang terlalu banyak menipiskan peluang untuk menang. Apparently, puisi yang menang tu pun memang superb!

Jadi, puisi ini tiada komentar sebab tak dihantar di grup.

Selamat menukang karya!

.

Puisi ini telah tersiar di akhbar Berita Harian bertarikh 20 September 2008.

Azimat Seru
 
Fikir itu membawa aku ke satu jazirah
langsung ke sudut itu, Bakkah.
Betapa lembang itu gersang dulu
kering, berkuping-kuping
saat rekah umat bagai takkan ketemu
noktah aman kian kelabu.
 
Namun kaurenjis jua liurmu
kendati kian likat, kelat
buat damak-damak hidayah
menusuk liat ke lurah hati
yang gelap nan pekat.
 
Kaukikis kudis kepuakan, lantas
kausapu penawar  syahadah
di atas tali Muhajirin dan Ansar
beralaskan sutera ukhuwah.
 
Pernah,
kauratip sendu kasihnya Ilah,
kauratap sayu hilangnya Khadijah,
kautatap kaku syahidnya Hamzah,
kaurentap ego pamanmu turus Jahiliah.
 
Kini laungan yang kauserak
mencakah seinci demi seinci
hingga terendus aku haruman itu
jauh di khatulistiwa ini
dek gaharu azimat serumu.
 
Oleh Dakwat Fikir
14 Mac 2008, 08.40,
Bouhlal, Rabat.
Advertisements

About Abdul Rahim

Tertera nama Abdul Rahim bin Zainudin

Posted on March 10, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. Rahim, tak menang di SEMPURI kerana kami yakin ia mampu pergi lebih jauh. Jauh dari utara Afrika itu, menghampiri Asia dan akhirnya menjejaki tanah air tercinta; Malaysia. Azimat Seru terbukti dapat mendekati audiens di Malaysia berbanding audiens Malaysia di Maghribi. Tahniah! 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: