Category Archives: rintihan atma

Belasungkawa

Belasungkawa I    : Ishah bt. Musa (1945-2008)

Pangkat                : Mak Long sebelah ibu.
Tarikh meninggal : 12 September 2008
Hari                      : Jumaat, 1300

Mesra digelar Mak Long oleh kami tujuh beradik, beliau ialah balu kepada arwah Pak Hasan. Beliau  meninggalkan tiga orang anak (kesemuanya lelaki), dan seorang anak angkat.

Seorang yang amat penyayang dan tabah mengharung cabaran hidup.

Beliau menghidapi penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, strok dan jangkitan di peparu.

Kenangan yang tak dapat dilupakan adalah ketika mana d.i.a masih keci, suka benar tidur dalam buaian sambil minum susu. Dan sedang d.i.a minum susu di dalam buaian, Mak Long datang dan main cak cak. Sedang kegelian kerana gembira, tiba2 d.i.a memancutkan air (-tut-) betul2 tepat ke muka Mak Long. ~kedengaran lucu namun begitu melekat.

Belasungkawa II    : Hj. Awang Kecik bin Yahya (1925-2008)

Pangkat                : Datuk saudara sebelah ibu.
Tarikh meninggal : 13 September 2008
Hari                      : Sabtu, 1500

D.i.a memanggil beliau Tok Aji, bekas seorang anggota Polis DiRaja Malaysia. Bersara awal kerana tidak sanggup dengan rasuah katanya. Beliau meninggalkan seorang isteri dan beberapa orang anak yang kesemuanya lelaki.

Seorang yang alim dan suka memberi nasihat agama kepada kami sekeluarga.

Meninggal kerana sakit tua.

Teringat ketika d.i.a berusia 4-5 tahun, d.i.a sudah menghafal beberepa kerat dari Surah Yaasiin, dan apabila beliau menziarahi kami di rumah, pasti d.i.a akan tasmi’ bacaan di hadapannya. Dan beliau antara individu yang kuat mendorong d.i.a untuk menghafal al-Quran sehinggakan ketika d.i.a mahu temuduga di MQKB ketika berumur 13 tahun, beliau sanggup mengikut ke Terengganu untuk menitip secebis semangat. Dan Alhamdulillah, berkat inginnya yang kuat, menjadi inspirasi sehingga d.i.a berjaya menjadi al-Hafiz. Terima kasih Tok Aji.

Semoga Allah mengampunkan dosa2 mereka berdua serta ditempatkan di kalangan roh orang2 yang beriman. Ameen.

Kita menyorot kaku
bingkai riwayat mereka, kagum
menghidu cat-cat tabah yang
menggarap kanvas kehidupan.

Kita meruntun layu
bila Izrail menuruti wahyu al-Mumit,
menuntut himpunan lukisan pinjaman
yang dulunya dibuat pameran.

Kita meratap sayu
bila disentap ruh kaca itu,pohon
benar dilunak dia!
Sedari kitalah yang kan tertewas
andai terketai di lantai waras
lantas mengguris tangis yang menghiris.

Dakwat Fikir
130908, 1505,
Bantraai.

+ Tidak ketinggalan juga jiran sebelah rumah, Nik Mohd. Baharuddin bin Nik Abdullah yang juga meninggal hari ini  (Sabtu, 13 September 2008, pagi)

+ Ironik sekali saat terkenang deretan kematian yang berturut2, seperti sahut-menyahut antara satu sama lain dalam kalangan ahli keluarga kami.

Dulu Tok Mai meninggal diikuti atok selang dua minggu (kedua2 mereka meninggal di rumah kami. Ya, terbaring dekat walau pun dihalang dinding). Dan beberapa hari kemudian Tok Man pula menyusul.

Juga Tok Timah yang diikuti anaknya Mak Cik Milah selang beberapa hari, dan Pak Cik Atan pula selang beberapa hari, yang juga anaknya.

-Cahaya Atas Cahaya-

Advertisements

Melukut di Kubah Durjana

Kubah itu paginya nirmala
hangat mendakap anak naungan
duduk mereka dihampar mengkuang
dahaga mereka kopi dituang
berpada, tetapi ada.

Di mimbar itu dia,
mengalun khutbah jasa buat sejagat
lantas menuntut kesatuan sarwa jelata.
Ya, di mimbar itu!

Pabila terik, kubah itu
berdendang pula zikir hemat ke sepelosok saf
kipas usang perlu dimatikan, membazir!
Ironinya,
rengekan kudus si kecil lantas diwarta
seakan hingar beburung
kala menjambatani kepalanya;
sudahlah sepatah izin pun tiada,
menajis pula ke serata muka.

Sekalian dia hanya memboyot harta
saat kuasa menggendut di persada.
Hanya geliga mencongak langit
tidak sudi menuntun bumi,
bimbang terburai perut duniawi
walau hampir saja terlimpah ia
di tubir bibir.

Di noktah hari ini aku ternanti-nanti
andaikan esok akan terhias buaian wahyu
agar engkau segera mendodoi aku,
kerana akulah si anak itu.
Dan kubah itu engkau!

Dakwat Fikir
06 Julai 2008, 0329,
Teratak Bonda

Batu Dan Coklat Cengkerang I

Batu : Bahan galian pepejal yang bukan logam ( tidak terbakar, tidak boleh ditempa, dan tidak hancur dalam air. )~macam power pulak definisi batu ni~

Apa istimewanya batu? Mungkin batu itu pun tidak menyedari keistimewaannya sendiri. Oleh sebab batu itu terbentuk daripada galian pepejal yang tidak mempunyai ion positif atau negatif (kerana bukan logam), maka ia adalah bahan penebat yang baik.~batu mungkin kurang sensitif terhadap renjatan dan tekanan, kerana memang sikap semulajadinya yang kuat~.

Sejak zaman pra-sejarah lagi, batu digunakan secara meluas untuk survival masyarakat tersebut. Malah, zaman permulaan juga dikenali sebagai Zaman Batu. Kini, batu sering digunakan untuk industri pembinaan, kecantikan, kesihatan, malah untuk keselamatan.~rasa selamat bila bersama batu~.

Maka, kita dapat fahami bahawa batu itu adalah bahan asas yang mudah didapati; sudah tentu kukuh dan amat berguna.~batu boleh didapati di mana-mana, namun bukan semua batu boleh menjadi pasak kepada bangunan impian dan dinding sandaran~.

Batu di atas adalah ialah batu kuarsit, sejenis batuan metamorfis yang mengalami transformasi dari batu protolith kepada batu metamorf setelah berada dalam keadaan tekanan yang ekstrim dan suhu melebihi 150 darjah Celcius.~tekanan dan cabaran buat batu ini membezakannya daripada batu-batu yang lain. Keteguhannya, kekuatannya. D.i.a mengaguminya, sentiasa.~

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Coklat Cengkerang : Cantik, manis, dan menggembirakan. Coklat juga telah menjadi salah satu perasa yang paling popular di dunia. Selain sebagai gula-gula yang paling umum (chocolate bar), coklat juga menjadi bahan minuman hangat dan dingin.~hangat coklat melecurkan hati taulannya, dinginnya mengilukan geraham penemannya~

Coklat mengandungi bahan alkali seperti teobromin, fenetilamina, dan anandamida, yang mempunyai kesan fisiologi untuk tubuh. Kandungan ini dihubungkan pada serotonin, terletak di otak. Menurut saintis, coklat yang dimakan dalam jumlah yang optima secara teratur dapat menurunkan tekanan darah. Coklat hitam akhir-akhir ini banyak mendapatkan promosi kerana menguntungkan kesihatan bila digunakan dalam jumlah yang sederhana, termasuk kandungan anti-oksidanya yang dapat mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam tubuh.~terima kasih kepada coklat yang menggembirakan d.i.a.;mencair dan tenggelam dalam riak-riak bersalah, maaf!~

Cahaya Atas Cahaya

Coretan Buat Penghadiah Batu dan Coklat Cengkerang.

Lelah Yang Melelahkan

Lelah I

Peperiksaan.

* Bahasa Perancis ceq dapat 10. Markah sepatutnya 18.5 ( mid term 17 & final 20 ). Kenapa?

Ceq dah lelah nak fikir.

* Subjek Ustazah Halim ceq dapat 10. Markah sepatutnya 15 ( sebagaimana yang dijanjikan ). Kenapa?

Lelah sudah mahu dijawab.

* Istidrak tiga sabjek daripada 12. Thaqafah Sya’biah, Teater & Nusus Lisaniyyat. Hasilnya?

Lelah aje gayanya.

* Keputusan sebelum istidrak; 9.7025. Maknanya GAGAL. Kenapa?

Kelelahan yang melampau.

* Keputusan selepas istidrak; 10.6625. Alhamdulillah, lulus.

Kesimpulan? Kelelahan yang berbalas. Terus mencari titik kegembiraan dalam seribu nafas kelelahan.

Lelah II

Keluarga.

* Mak : Mampukah ceq penuhi hajat Mak yang seangkasa tingginya tu. Tak salah mencuba dulu dari menyerah terus, kan Mak? Terngiang kata2 Mak, ” Kalaupun Yem balik dengan segunung duit, bagi mak tak bererti kalau Yem tak mampu fakih dalam ilmu agama.” Ada berani? Aha, lelah dah?

* Abah : ” Tak payahlah balik selagi tak habis belajar di sana. Bukan lama pun, tiga tahun aja kan? “. Ya tak ya juga, pejam celik-buka katup mata sudah dua semester berlalu. Aduh, sakit lelah ni tak ada ubat la bah.

* Kak Long : “Akak bimbang dengan bi’ah Yem kat sana, macam tak sesuai dengan status kamu sebagai seorang Hafidz. Akak cadang kamu ke Mesir, belajar di sana”. Aik, belum usai setahun udah disuruh berhenti? Dikira persis sekolah main-mainankah?

* Kak Ida : ” Boleh temankan Kak Ida kat sini tak?, tolong masak je.

Aha, jawapannya ” Ya, saya setuju Madamme!”. Nantikan kemunculan ceq di sana d’accord?!

Janji tak lelah ni…


Pabila aku tersadung

kugapai tali senandung-Mu

agar tetapku berpaut,

fana’ dengan

bait-bait hikmah.

~~~ Blues Mode ~~~

Pagi Yang Gelap


Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Kepulanganmu ku tunggu
Bukan maksudku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikatnya rindu yang mendalam

Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Korus :

Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Aku amat merindui kamu

Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Inginku ulang ke masa dulu

Tak akan putus hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa-apa
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
cerita hanya kita berdua.

Hujan Band.

Dengar di sini : Pagi Yang Gelap

Naratif Semalam

Di sebalik rabu yang riang, ku dongak langit yang jelas, indah…ya, memang indah, akur aku dengan ciptaan Ilahi yang Agung, hati mana yang bisa ingkar akan KekuasaanNya? Angin pagi cukup membuatkan aku lena dengan belaian..Ku tarik nafas segar menikmati oksigen, biar ada terselit dingin, namun ku akui kesegarannya. Dengan itu ku atur langkah perjuangan.

Apa bisa diri merasa, apa kuasa jiwa meramal? tiada sangka jelingan kesuma, menusuk sadis persis tajam bilah belati, adapun aku sang pria yang tidak teguh iman, yang juga akan turut bungkam, terpedaya dengan tajamnya jeling, tunduk tanpa tanya, mana bisa ku tentang, kerna itulah sifat ku, itulah takah ku yang terpaku dalam jiwaku. Namun siapa sangka elakku dipersoal, tunduk ku mengundang tanya, mengapa aku sebegitu? mengapa laku itu ku pilih? adakah kau mengelak? usah bertafsir salah, kerna tiada niat disebalik, hanya persis kakak dan adik, haha~aku tawa…

Sekembali aku ke Full House..tiada sangka ada insan menderita, sepi sendiri bungkam tanpa kata, mana aku bisa ketahui, yang dia jua punya hala tuju yang sama, andai dikhabar awal, maka tiada ragu aku mempelawa, kesalku juga terselit di saku atma yang resah, kasihan kian meraja sukma, jiwa bungkam tertanya sendiri, salahkah aku? dosakah ku terima? Ya Allah anugerahkan hidayahMu, biarpun sinis ku terima, ukiran senyum tetap bersama. Aku lega, kerna semuanya gurauan hanya, gembira raga.

Aku Terkini

Menjadi insan yang berpipi bengkak bukan mudah, harus menempuhi duri, berupaya menyeberangi samudera luas, barulah terasa manisnya bengkak. Namun kini gusar juga dirasa hati, mana mungkin aku terus begini, ahh! aku harus mencari jalan keluar, ingin rasa kembali ke zaman dulu, namun bagaimana? Adakah kunyahan gula getah bisa selesai masalah?atau kerap berpuasa? atau berjaga malam begitu? bukankah itu menyeksa raga? mampukah jiwa bertahan?inilah persoalan…