Category Archives: SirahNabiDia

Azimat Seru II

Assalamualaikum w.b.t. buat semua.

Dalam artikel tajuk ini yang sudah, d.i.a ingin mengulas tentang apa peri pentingnya kita sebagai khalayak Muslim yang Mukmin mengambil inisiatif untuk mengajar Sirah Nabawiyyah kepada generasi yang seterusnya. Oleh yang demikian, d.i.a datangkan kepentingan proses pembelajaran ini sebagai titik permulaan bagi kita semua dalam memikirkan metodologi yang paling berkesan dalam membantu anak-anak memahami Islam itu sendiri secara lebih tuntas melalui kaedah pemahaman terhadap Surah, Sirah, Sarirah, dan Sunnah Rasulullah itu sendiri.

PERANAN & PERLUNYA RIWAYAT HIDUP RASULULLAH DALAM MEMAHAMI
ISLAM

Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk
melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita
yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah
hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menelaah sejarah para pemerintah (khalifah)
di zaman purbakala.


Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami,
menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di
dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud
setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan
prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu.


Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam ini adalah suatu usaha
mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan
dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad Sallallahu ‘alahi Wasallam.


Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut:
1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menerusi penghidupan
dan suasana hidup Baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad Sallallahu ‘alaihi
Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar tetapi dianya adalah pesuruh Allah Subhanahu
Wata’ala yang menerima wahyu dan taufiq dari-Nya. Supaya manusia seluruhnya dapat meniru
dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, dari itu
juga dapat dijadikan sebagai dasar-dasar hidupnya. Andai kata manusia ingin mencari suatu
contoh terbaik bersifat universal, mereka akan dapat semuanya di dalam kehidupan
Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam, maka tidak hairanlah mengapa Allah menjadikan
Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam itu sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk
demikian maka Allah telahpun menegaskan dalam Kitab SuciNya yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi
ikutan) kamu”.
(Al-Ahzab 33 :21)

Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad Salla lahu ‘alaihi Wasallam boleh menolong
manusia memahami dan mengecapi isi kandungan Al-Quran lantaran banyaknya ayat-ayat Al-
Quran yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi
Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan seberapa
banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar
sama ada pengetahuan bersangkutan dengan aqidah kepercayaan, hukum hakam’dalam Islam
atau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam adalah
satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam.


2. Membolehkan para pendidik pendakwah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem
pendidikan dan pengajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri
adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pemah membuang
masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan-jalan dan sistem-sistem
pengajaran yang terbaik semasa baginda (SallaLlahu ‘alaihi Wasallam) berdakwah.


Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini mampu
dan berupaya untuk sampai ke matlamat-matlamat tadi ialah kerana sejarahnya lengkap
meliputi segenap bidang kehidupan sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan
yang terdapat di kalangan manusia lain sama ada sebagai seorang individu yang bebas
dengan fahaman pembawaannya atau sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas dan
terpengaruh oleh unsur-unsur yang terdapat di dalam masyarakatnya.


Sejarah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasalam menghidangkan kepada kita sejambak contoh
utama bagi seorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai orang di kalangan
keluarga dan sahabat; seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah secara
lemah-lembut dan bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan
tenaga demi menyampaikan seruan Allah, seorang ketua negara yang mendayung bahtera
pemerintahan dengan cekap dan pintar seorang suami yang halus pergaulannya, seorang bapa
yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri, seorang ketua turus
agung peperangan yang cergas, penuh dengan taktik strategi persediaannya dan seorang
Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah, keluarga dan sahabat
handai (Radiyallahu ‘anhum ajma’in). Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup
Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam ialah memahami semua sudut kemanusiaan.

Rujukan : Ar-Raheeq Al-Makhtum

Sengaja di’cedok’kan semuanya dari kitab tersebut. Hal ini kerana d.i.a merasakan kesempurnaannya dan sedikikt tokok-tambah-tolak-bahagi akan memusnahkan makna murni yang cuba disampaikan oleh penulis kitab ini, Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy.

Selamat menyedut herba jiwa yang menyamankan.

Cahaya Atas Cahaya.

Azimat Seru I

Fikir itu,
membawa aku ke satu
jazirah
terarah terus ke sudut
Bakkah
betapa lembang itu gersang dulu
kering, keping, berkuping,
rekah umat bagai takkan ketemu
noktah yang satu jauh berbatu.

Namun,
kaurenjis jua liurmu
kendati kian likat, kelat
buat damak-damak hidayah
mengalir liat ke lurah hati
nan gelap memekat.

Kaukikis kudis kepuakan
kausapu penawar
syahadatain
sutera
ukhuwwah itu kaubalut
dengan ikatan Muhajirin dan Ansar.

Pernah,
kauratip sendu kasihnya Ilah
kauratap sayu hilangnya Khadijah
kautatap kaku syahidnya Hamzah
kaurentap ego pamanmu turus Jahiliah.

Kini,
seru yang kauserak
mencakah seinci demi seinci
hingga terendus aku wangian itu
jauh ke khatulistiwa sini,
horizon ini bagai terkesima
dek gaharu kalimah
taiyyibah.

Betapa kau,
tak perlu menampuk takhta
tak pernah menakung harta
buat diaspora sang azimat
ke saentero umat.

Dakwat Fikir
14 Mac 2008, 0840
Full House.

Berikut adalah puisi yang d.i.a rakamkan atas rasa kekaguman buat Rasulullah s.a.w. Puisi ini d.i.a karang sudah agak lama, sekitar bulan Mac; sempena Maulidur Rasul. Sesungguhnya saga pengorbanan Baginda amatlah panjang dan begitu signifikan buat tatapan Jilul Mansyud (generasi yang diseru).~Mudah-mudahan kita sebahagian daripadanya~

Dewasa ini, sering kita terdengar rungutan ibu bapa beragama Islam tentang kesukaran mereka mendapatkan buku-buku sejarah Nabi buat peneman anak-anak mereka ketika ‘sesi membaca buku sebelum tidur’. Pasaran hanya dipenuhi dengan cerita-cerita dari Barat yang kadang kala boleh mencemar akidah. Maka, menjadi satu tanggungjawab untuk kita menyediakan alternatif yang sepatutnya bagi menggantikan lambakan buku-buku yang tidak bertunjangkan Allah tersebut.

Apa relativiti antara sesi ‘story tale‘ dan keperluan untuk mengajar anak-anak tentang sejarah Nabi? Sebenarnya memahami sejarah Nabi adalah medium yang paling ampuh untuk menghayati Islam itu sendiri.

D.i.a ingin membawa pemikiran kita semua ke arah memikirkan kembali peranan yang sepatutnya dimainkan bagi membantu si anak menghayati Islam sedari kecil lagi.

Nantikan di enti yang akan datang…

Cahaya Atas Cahaya.

Rencana Darul Nadwah

Hari itu engkau
terendus tengiknya rencana Quraisy,
licik suara dari Darul Nadwah
mencadang seratus satu rancang
mencanang seribu satu tualang.

Rangkap pertama daripada sajak dia yang bertajuk Rencana Darul Nadwah, sajak yang akan dibukukan dalam antologi Bahasa Bumi; bakal diterbitkan sedikit masa lagi. Bersabar…

Dia ingin membawa serba sedikit kisah yang berlaku di Darul Nadwah.

Rujukan : Al-Raheeq al-Makhtum.

PERBINCANGAN KRITIKAL Dl DARUL NADWAH PARLIMEN QURAISY


Bila mana pihak musyrikin quraisy mendapati pengikut-pengikut Muhammad (s.a.w) telah
bersedia dan keluar dengan membawa bersama-sama mereka keluarga, anak-anak dan hartaharta
mereka ke pangkuan al-Aws dan al-Khazraj, terjadilah keributan suasana kebisingan,
kesangsian dan dukacita di kalangan kafir Makkah, perbagai kegelisahan dan ramalan-ramalan
yang bakal mereka hadapi di masa-masa akan datang, bahaya besar sedang menunggu
mereka; yang kelak akan mengugut dan menggugat kestabilan ekonomi, kekayaan dan entiti
idealogi berhala mereka. Sebenarnya mereka sudah mengenal pasti dengan keperibadian
unggul Muhammad (s.a.w) dan dengan kepimpinannya yang berkesan lagi mempengaruhi, di
samping keazaman yang tekad, keiltizaman yang utuh dan semangat pengorbanan yang luar
biasa, disokong pula oleh kekuatan dan daya pertahanan oleh al-Aws dan al-Khazraj
diperkayakan pula oleh kekuatan cendikiawan dan ahli fikiran kedua qabilah yang memiliki
kedewasaan berfikir untuk kesejahteraan dan keimanan bersama, serta sanggup menolak
perasaan kesumat lama yang pernah memusuhi mereka, manakala potensi dan kekuatan ini
telah diduga oleh pihak Quraisy, untuk itu mereka harus membuat perhitungan yang paling bijak
dan tepat bagi mengatasi ancaman sebelum terlambat, pada hemat mereka.

Sebagaimana juga mereka mengetahul posisi al-Madinah yang strategik itu sendiri, bila ianya
berkonfrontasi terutamanya dengan qabilah perniagaan mereka yang merupakan laluan tetap
dari Yaman ke negeri al-Syam yang semestinya melalui persisiran laut Merah. Dianggarkan
penduduk Makkah berurus niaga ke negeri al-Syam sahaja sebanyak sukujuta dinar emas
setiap tahun, tidak termasuk milik penduduk al-Taifdan lain-lain. Mereka juga mengetahui
selama ini, itulah laluan yang menikmati kesejateraan dan keamanan.

Pihak Quraisy sudah menelah bahaya yang bakal mengancam mereka dan perniagaan
sekiranya kekuatan Islam berpusat di Madinah.

Pihak Quraisy sudah pun peka akan bahaya dan ancaman yang bakal mengugat diri mereka.
Oleh yang demikian, maka mereka bersungguh-sungguh mencari sebaik-baik jalan untuk
menolak mara bahaya dan ancaman ini, keaemuanya berpunca dari pendokong obor dakwah
Islam iaitu Muhammad (s.a.w).

Tanggal 26 Haribulan Safar tahun keempat kebangkitan Rasulullah bersamaan 12 haribulan
September tahun 622 Masihi pihak Quraisy telah mengadakansidang Parlimen (Darul Nadwah)
di pagi hari iaitu hampir dua bulan setengah setelah berlalunya Baiah al-‘Aqabah al-Kubra yang
merupakan satu sidang yang amat penting dan kritikal dalam sejarah Quraisy, seluruh
perwakilan kabilah-kabilah Quraisy telah menghantar anggota-anggotanya, membuat
perbincangan dan merencana satu pelan tindakan yang tegas untuk menghapus secepat
mungkin pembawa obor-obor dakwah Islamiah dan dengan itu terputus sudahlah arus
cahayanya buat selama-lamanya.

Tokoh-tokoh perwakilan yang menonjol di dalam perjumpaan itu ialah:
1. Abu Jahal bin Hisyam mewakili qabilah bani Makhzum.
2. Jubair bin Mutaam, Tai’mah bin Adi, dan al-Harith bin Amir mewakili Bani Naufal Ibn Abdul
Manaf.
3. Syaibah dan Utbah kedua-dua anak Rabiah dan Abu Sufian bin Harb, mewakili bani Abdul
Syams bin Abdul Manaf.
4. al-Nadhr bin al-Harith (orang yang mencampakkan pundi-pundi najis sembelihan ke atas
Rasulullah di Kaabah semasa baginda bersembahyang) mewakili Banu Abd al-Dar?
5. Abu al-Bukhturi bin Hisyam, Zama’h bin al-Aswad dan Hakim bin Hizam mewakili banu Asad
bin Abd al-Uzza.
6. Nabyah dan Manbah kedua-duanya anak lelaki al-Hajjaj mewakili bani Sahm.
7. Umaiyah bin Khalaf mewakili Bani Jumah.

Semasa mereka sampai ke Darul al-Nadwah seperti yang dijanjikan, mereka telah dihalang
seketika oleh Iblis yang menyamar dengan berpakaian seperti seorang syeikh yang mulia iaitu
pakaian ahli zuhud. Iblis berdiri di pintu masuk lalu mereka semua bertanya: “Siapa tuan syeikh
ini?” Jawab Iblis: “Aku seorang syeikh dari Najd telah mendengar berita perjumpaan ini dan aku
datang untuk mengikuti perbahasan kamu semoga aku boleh menyumbang sesuatu yang tidak
merugikan kamu, pendapat ataupunnasihat”. Lantas mereka pun menjawab, “Betapabaiknya
cadangan itu, ayuh! persilakan masuk”.
SIDANG DARUL AL-NADWAH DAN PERSETUJUAN DENGAN KEPUTUSAN DURJANA
UNTUK MEMBUNUH RASULULLAH (S.A.W)

Setelah bilangan keanggotaan majlis mesyuarat Dar al-Nadwah sempurna dengan kehadiran
mereka, maka perbahasan pun bermula, disusuli dengan saranan dan cadangan. Di antaranya
ialah pendapat Abu al-Aswad: “Kita keluarkannya dari sini dan buangnya ke negeri lain.
Selepas itu kita usah pedulikannya, ke mana dia hendak pergi dan jatuh. Kemudian kita
‘pulihkan’ semula masyarakat kita ini”.

Kemudian berkata pula Syeikh dari Najd tadi: “Demi Allah, kamu tidak ada pendapat lainkah?
Tidakkah kamu perhatikan bahawa Muhammad ini seorang yang petah bercakap, dengan katakatanya
yang halus dan manis, serta berupaya mempengaruhi dan menawan hati orang? Jika
kamu berbuat demikian, kamu tidak akan selamat, kerana beliau akan memasuki ke
perkampungan dan pedalaman Arab yang lain dan setelah itu beliau akan memimpin untuk
menentang dan melanyak kamu semua dan membuat apa sahaja yang dikehendakinya.
Kata Abu al-Bukhturi, “Kamu penjarakannya dalam kurungan besi, tutup pintunya sebaikbaiknya,
dan kamu kawalkannya serta tengok apa akan terjadi, sebagaimana berlaku ke atas
penyair-penyair yang sebelumnya seperti Zuhair dan al-Nabighah yang menemui kematian
seperti ini, biarlah dia merasa sepertimana mereka itu rasaiya.

Kata Syeikh al-Najdi, Demi Allah, ini bukan pendapat yang baik, demi Allah kalau kamu
kurungkannya sedemikian rupa pun akhirnya ceritanya itu akan bocor keluar dan sampai ke
pengetahuan pengikut-pengikutnya kemudian mereka itu pun akan menyerang kamu, kemudian
membebaskannya dari tangan kamu, setelah itu akan bertambah pengikutnya, seterusnya
menghalangkan kamu semua, pendapat ini tidak boleh dipakai, cuba cadangkan pendapat lain.

Selepas persidangan Dar al-Nadwah menolak dua cadangan yang dikemukakan itu,
dikemukakan pula cadangan yang paling nekad dan terkutuk, ianya mendapat persetujuan
seluruh anggota sidang, dikemukakan oleh kepala samseng dan jenayah Makkah Abu Jahal bin
Hisyam. Kata Abu Jahal, “Demi Allah, sesungguhnya aku ada satu pendapat yang kamu tidak
nampak”. Kata mereka, “Apakah pendapat itu wahai Abu al-Hakam?” Jawab Abu Jahal, “Aku
melihat di mana setiap kabilah haruslah dipilih seorang pemuda tangkas dan lincah kemudian
kita serahkan kepada setiap mereka sebilah pedang yang tajam, untuk mereka gunakannya,
dengan cara mereka menetak Muhammad serentak maka tamatlah riwayat Muhammad dan
kita pun boleh berehat, kerana bila mereka lakukan cara ini bererti semua kabilah
bertanggungjawab dan banu Abdul Manaf tidak terdaya untuk memerangi kesemua qabilah ini,
sebagai gantiannya mereka akan berpuas hati dengan pembayaran diah (pampasan).

Ulas Syeikh al-Najdi, “Pendapat yang sebenar adalah sepertimana yang disebut oleh Abu al-
Hakam, dan aku pun berpendapat sedemikian juga”. Sidang Dar al-Nadwah pun sebulat suara
menerima cadangan yang terkutuk itu, mereka pun pulang ke rumah masing-masing dengan
penuh keazaman, di mana cadangan dan keputusan itu akan dilaksanakan dengan serta-merta.

Hamicha : Dia meng’update’ entri ini pada hari Rabu, 25 Jun 2008, 1.30p.m. atas keperluan yang tertentu.